Tahniah kepada yang berjaya dalam Peperiksaan UPSR pada hari ini . Tahniah kepada semua murid SKPCT kerean anda telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Keputusan pada hari ini terimalah dengan rasa syukur kepada yang Maha Kuasa. Inilah hasil penat usaha anda selama ini apa yang terpanpanag pada slip peperiksaan itulah usaha anda , Jangan ada yang bertanya mengapa jadi begini. Ahh kejamnya.....
Allah menangguhkan sesuatu pada hari ini untuk diberikan pada hari esok.Ingatlah hari esok yang dikejar bukan hari semalam untuk ditangisi pada hari ini..
Khamis, 14 November 2013
Ahad, 13 Oktober 2013
Perkhemahan Unit Beruniform
Bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu, Perkhemahan Unit Berniform bagi murid-murid Tahun 6 diadakan pada 10 Oktober hingga 12 Oktober 2013. Perkhemahan Tahunan ini diwajibkan kepada semua pelajar Tahun 6. Perasmian penutup telah dilakukan oleh Guru Besar SKPCT, Yn Hj Md Nawawi b Muda.
Sabtu, 5 Oktober 2013
Hari Keluarga 2013
Setelah sekian lama pada 5 Oktober 2013, Kelab Guru dan Kakitangan SKPCT menganjurkan Hari Keluarga bagi tahun 2013. Aktiviti tersebut telah hampir 10 tahun tidak diraikan, atas inisiatif Kelab Guru maka aktiviti tersebut diadakan semula. Tujuan utama adalah untuk mengukuhkan ukhuwah dikalangan guru-guru dan kakitangan. Acara memasak yang diketuai oleh Cg Tn Hj Yusof telah seawal pagi lagi menyediakan menu masakan gulai daging, ikan bakar , singgang ikan dan ulam-ulaman. Beberapa acara diadakan bagi pasangan ahli-ahli kelab. Antaranya ialah sambut sayang yang dijalankan berpasangan, pijak belon, tuip belon bagi kanak-kanak. Tahniah kepada kelab guru kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut.
Sabtu, 28 September 2013
Khamis, 26 September 2013
Majlis Khatam Al-Quran
Panitai Agama Islam dan j-Qaf telah berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 2013 untuk murid-murid tahun 6 pada 26 September 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Tn Hj Md Nawawi b Muda , Guru Besar SKPCT. Majlis tersebut diketuai bacaan oleh Ustaz Roslan b Abd Ghani.
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.



























