Ahad, 3 Ogos 2008

SAMBUTAN ISRAQ MIKRAJ



Majlis sambutan Israq Mikraj telah diadakan pada hari ini dengan jayanya. Pengisian majlis di mulai dengan ucapan Guru Besar dan seterusnya ceramah oleh Ustaz Razalli Bachik yang menceritakan peristiwa Israq yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Kuiz mengenai peristiwa Israq Mikraj diadakan kepada murid-murid disamping beberapa aktiviti lain turut dijalankan seperti pertandingan Menulis Jawi bagi murid tahap Tahap 1 dan Tahap 2.



Gambar

JOHAN LAGI WEH........


SKPCT mengekalkan kejuaraannya untuk 2 tahun berturut dengan menjadi Johan Hoki Perempuan P10 sempena Karnival Hoki Bawah 10 / 11 Tahun 2008 anjuran PHWT/PHLNT/MSSMT yang telah berlansung pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2008.

Nur Shazleen Nadia Kamalisan telah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik bagi Kategori P10 pada kejohanan tersebut. Tahniah kepada Jurulatuh Pasukan Cikgu Abd Mubin yang telah melatih pasukan ini. Terima kasih kepada pengurus pasukan Cg Fauzi dan Cg Zul Maliki.

Terima kasih juga kepada penyokong setia Guru Besar SKPCT Tn Hj Yusof Abd Karim yang sudi meluangkan masa memberi sokongan kepada pasukan pada hari pertama kejohanan, SU Sukan Cg Azman juga turut meluangkan masanya.

Jutaan terima kasih juga kepada PK Hem Cg Mohd Yunos, Cg Sulaiman serta , Ustaz Razali yang sudi hadir pada hari terakhir untuk memberi sokongan dan peransang kepada pemain.

Tanniah kepada semua pemain........ SKPCT MASIH JUARA............


PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.