Sabtu, 26 Julai 2008

Guru SKPCT dah ada blog

Wah dah jadi blogger weh....
Setakat ni dah tiga orang guru SKPCT menjadi blogger Guru Besar, Sir Mubin, dan Ustaz Razalli.

Selamat menjadi blogger...... yaeh

Takziah .. Cg Kamariah


Seluruh warga SKPCT mengucapkan takziah kepada Cg Kamariah dan keluarga diatas kepulangan ayah mentua yang disayangi ke rahmahtullah pada pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Al fatihah.....

Peperiksaan OTI 4 dan Percubaan UPSR 2008

Sekali lagi murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 akan berjuang dalam OTI 4 manakala murid-murid Tahun 6 akan menduduki Ujian Percubaan UPSR yang akan bermula pada 29 Julai 2008 - 31 Julai 2008. Selamat berjuang kepada semua murid terutamanya kepada murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.
Semoga memperolehi keputusan yang lebih baik, berusahalah untuk mencapai kejayaan.

Peperiksaan Pengadil Kelas 3 Peringkat Kebangsaan FAM 2008.






SKPCT telah dijadikan pusat Peperiksaan Pengadil Kelas 3 Peringkat Kebangsaan FAM 2008 yang dijadualkan pada hari ini 26 Julai 2008. Peperiksaan yang dijalankan serentak diseluruh negara . Seramai 26 orang calon dari seluruh Negeri Terengganu telah menduduki peperiksaan ini.

Peperiksaan ini bagi mendapatkan kelayakan menjadi pengadil FAM. Sekiranya calon berjaya mereka layak menjadi pengadil pertandingan bola sepak peringkat negeri. Calon-calon yang berjaya akan menduduki pula peperiksaan untuk peringkat yang lebih tinggi iaitu Kelas 2 dan Kelas 1 yang akan diadakan nanti.
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.