Jumaat, 22 Julai 2011

CEKOH DURIAN

Pesta Cekoh Doyan selepas Majlis Sembahyang Hajat dikalangan guru-guru. Cekoh sakan guru-guru SKPCT, terima kasih kepada yang memberikan sumbangan untuk menjayakan acara tersebut. Semoga musim durian tahun depan kita buat lagi dan lebih meriah lagi...Inilah istimewanya guru-guru SKPCT rasa kekitakan dan kekeluargaan yang terpupuk sekian lama telah menjayakan apa yang dirancang. Orang kata " KATA APA ,... JADI.."




Sembahyang Hajat

Majlis sembahyang hajat telah dilaksanakan pada 21 Julai 2011, dengan  kehadiran ibu bapa dan murid murid tahun 6 serta warga SKPCT telah menjayakan program tahunan tersebut. Solat Hajat telah diimamkan oleh Ust Alnurulhuda ,kemudiannya  bacaan surah Yassin dan tahlil ringkas oleh Ust Roslan. Semoga apa yang dihajati oleh semua akan dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa.. Amin..

















PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.