Isnin, 22 September 2008

Anak-anak Yatim Diraikan



Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dikalangan pelajar SKPCT telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Seramai 46 orang pelajar diraikan dalam majlis yang ringkas.


Setiap orang daripaga mereka menerima sumbangan wang dan makanan. Guru Besar menyampaikan hadiah. Suasana agak terharu apabila mengenangkan mereka telah kehilangan tempat bermanja dan berteduh. Lebih-lebih lagi Aidil Fitri akan menjelang....

Terima kasih CIKGU!

GURUKU
Kau umpama Kasturi
Mengharumi segenap pelusuk jiwaku
Mengharumi segenap penjuru alam semesta
TanpaMu GURUKU
Siapalah aku di bumi ini
Butalah aku dalam kecelikanku
Cacatlah aku dalam kesempurnaanku
Bodohlah aku dalam kecerdikanku
Engkaulah cahayaku
Terima kasih Cikgu.


Khas buat
Cikgu Akmal binti Ali
Selamat bersara
semoga hidup Cigku
dirahmati dan diberkati Allah jua.

ADUHHHHHH Putus doh jari AKUUUUU>>>>>

Kepada semua yang suka bermain mercun sedarilah.............
Perbuatan ANDA itu.....satu kesalahan..... boleh masuk lokap tau!
Dan yang pasti ia menjadi satu kegemaran yang sangat merbahaya.......
Nasib tak baik ANDA buta! Putus jari! Cacat seumur hidup......
ANDA mungkin dimasukan ke hospital atau terus saja ke pejabat tanah buat selama-lamanya............ Mercun bola...Mercun kelapa entah apa-apa lagi mercun...... sebut saja semuanya MERBAHAYA.

Mahukah ANDA beraya di hospital???????????????
Sedangkan rakan-rakan ANDA bergembira menyambut hari raya di rumah bersama keluarga tersayang dan rakan taulan!

FIKIR-FIKIRKANLAH........MERCUN DI TANGAN KIRI...... PEMETIK API DI TANGAN KANAN..... NAK CUCUH KE TIDAK...... TERPULANG KEPADA ANDA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN. ANDA MAMPU MERUBAH NASIB ANDA. SIAPALAH ANDA TANPA ANDA!

DANG DUM DANG PONGGGGG.......

SELAMAT MENYAMBUT
HARI RAYA AIDAIL FITRI
1 SYAWAL 1429H.

Happy Holidays.

From SIR with LOVE.
Take care.
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.