Khamis, 31 Mei 2012

PERTANDINGAN PIALA CAPPY CUP PADA 25 – 27 MEI 2012 DI OSIJEK, CROATIA

Tahniah Muhammad Shauqi kerana membawa nama negeri dan negera ke persada antarabangasa dalam
PERTANDINGAN  PIALA CAPPY CUP  PADA 25 – 27 MEI  2012 DI OSIJEK, CROATIA



















Ahad, 20 Mei 2012

Jamuan Pertukaran

Jamuan bagi meraikan pertukaran guru dan kakitangan  SKPCT diadakan di Primula Beach Motel, Kula Terengganu pada 16 Mei 2012.
Antara yang bertukar
1. Guru Besar, Syed Ahmad Marzuki
2. Cg Raihanah
3 . Pegawai Kewangan. Pn Rabiah
4. Pekerja Am En Razali (bersara pada JUN 2012)










Rabu, 16 Mei 2012

Ahad, 13 Mei 2012

24 Pemain Cilik Dipilih Wakil Negara Ke Kejohanan Piala Cappy

24 Pemain Cilik Dipilih Wakil Negara Ke Kejohanan Piala Cappy
KUALA TERENGGANU, 12 Mei (Bernama) -- Seramai 24 pemain cilik telah dipilih oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mewakili negara pada kejohanan bola sepak Piala Cappy di Croatia pada 21 hingga 30 Mei ini.

Jurulatih yang juga pengurus pasukan Mat Noor Bidin berkata ini termasuk lima orang pemain daripada Terengganu yang dianggap akan menjadi tunggak pasukan negara di kejohanan berkenaan.

"Hanya Malaysia dari Asia yang dijemput untuk menyertai kejohanan bertaraf dunia itu," katanya kepada pemberita sebelum berangkat ke Bukit Jalil untuk menjalani latihan intensif sebelum berlepas ke Crotia pada 20 Mei ini.

Turut hadir pegawai-pegawai dari Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu serta ibu bapa pemain-pemain berkenaan.

Mat Noor berkata pemilihan pemain-pemain untuk skuad negara itu telah dibuat daripada seramai 60 orang pemain dari seluruh negara yang telah dipanggil untuk latihan dan pemilihan di sini dari 23 hingga 28 April lalu.

sumber : Bernama



Tahniah kepada Muhammad Shauqi pelajar Tahun 4 SKPCT kerana menjulang  nama sekolah di persada antarabangsa dalam bola sepak.



PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.