Khamis, 31 Julai 2008

Siren Perjuangan UPSR Sudah Dibunyikan















Terbitkan Catatan
Satu kain rentang gergasi berukuran 43 meter telah dinaikan sebagai tanda bermulanya perjuangan murid-murid Tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR .

'GURU-GURU DN IBU BAPA : DOAKANLAH KEJAYAAN KAMI DALAM PEPERIKSAAN UPSR' Itulah mesej yang hendak disampaikan . Pihak sekolah telah membelanjakan sekitar RM 2 000.00 untuk menyiapkan kain rentang tersebut dan beberapa lagi kain rentang yang akan digantung sekitar kawasan sekolah.

Para pelajar Tahun 6 dan guru-guru juga turut menandatangai sehelai kain rentang sebagai ikrar pelajar untuk mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR. Penolong Kanan HEM memulakan acara menandatangani kain rentang tersebut menandakan siren pecutan untuk peperiksaan sudah bermula.

Teruskan berjuang wahai pelajar SKPCT anda pasti mencapai kejayaan yang diidamkan jika anda berusaha mencapainya. ALLAH WISHES sama-samalah bermunajat kepada Yang Maha Kuasa.

Gambar

Karnival Hoki 2008



BERITA HANGAT WEEH....

Pasukan Hoki Perempuan Sekolah (P10) SKPCT 'A' telah berjaya muncul JUARA kumpulan setelah berjaya mengalahkan SK Sg.Buluh,Hulu Trg: 1-0, seri dengan SK Kg Tengah Manir: 1-1 dan seri dengan SK. Bukit Cempaka, K.Trg: 1-1. SKPCT 'A' akan bertemu dengan Pasukan dari SK.Kubu, Marang di peringkat separuh akhir pada hari Sabtu ini (2.8.08) jam. 3.00ptg. sekiranya berjaya, SKPCT 'A' akan ke final pada hari yang sama.
TAHNIAH!!!! Go!Go!Go! SKPCT boleh.

Tahniah juga diucapkan kepada Pasukan SKPCT 'B' walaupun gagal ke peringkat seterusnya, telah menunjukan semangat yang tinggi ketika menentang pasukan lawan....Cuba lagi tahun depan...... Mr.Q..tq....Pengurus yang paling bersemangat.....Mr.Fauzi dan Cg. Zurainah pun tak kurang hebatnya.......
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.