Isnin, 27 Februari 2012

PENGISIAN DATA HRMIS

Pengisisan Data HRMIS bagi guru-guru  yang belum mengemaskini maklumat dalam aplikasi tersebut dilakukan serentak pada 26 Feb 2012 dengan kerjasama pegawai daripada JPNT. Segala masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan aplikasi tersebut dapat diatasi.










Gotong Royong

Gotong royong membersih dan memperindahkan kawasan sekolah untuk pertama kalinya bagi tahun 2012 diadakan pada 25 Feb 2012. Walaupun terdapat beberapa orang guru yang tidak dapat hadir atas beberapa sebab, kelancaran program tidak terganggu. Program yang telah dirangka sepatutnya dijalankan pada minggu sebelumnya, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak  seperti segelintir guru terlibat daenagn Kejohanan Hoki dan Bola Sepak MSST. 

Kerja-kerja mengecat  pembahagi jalan, menanam pokok bunga, memperelokkan Bilik Gerakan, mengecat Pondok Jawi dan membina penghadang jalam (bumper) dapat dijalankan dengan jayanya. Diharapkan selepas ini program Gotong royong ini menjadi rutin bulanan demi menceriakan kembali SKPCT . Terbukti warga SKPCT dapat berkerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Warga SKPCT turut mempamerkan kreativiti dan kebolehan masing-masing. 


Sememangnya warga SKPCT menanti-nantikan program-program selanjutnya, dan boleh bekerja dalam keadaan santai dan menjalinkan hubungan yang lebih mesra untuk mencapai Visi Sekolah.










Ahad, 26 Februari 2012

Tahniah

Dua orang pemanah SKPCT memenangi pingat gansa dalam Pertanding Memanah MSST  dan seorang pemain Tenpin Bowling memenangi emas dalam Pertandingan Tenpin Bowling MSST yang berlansung pada 25 Feb 2012. Wan Imram Zafri dan Megat Izham Faris mewakili SKPCT dalam acara memanah manakala Iqbal Muhaimin dalam acara Tenpin Bowling. Tahniah buat anda semua

Megat Izham Fariz menerima ucapan tahniah daripada guru besar

W.Imran Zafri menerima ucapan tahniah daripada guru besar 

Iqbal Muhaimin menerima ucapan tahniah daripada guru besar 

Isnin, 20 Februari 2012

Kejohanan Hoki MSST 2012

Seramai 11 orang pemain Hoki Perempuan B12 SKPCT dan tiga orang pemain Hoki B12 LELAKI SKPCT telah terpilih mewakili Daerah Kuala Terengganu Selatan (KTS) dalam Kejohanan Hoki MSST yang berlansung di Stadium Hoki Gong Badak dan Stadium Hoki Batu Buruk. Kejohanan tersebut diadakan pada 16 Feb - 19 Feb 2001. Latihan pusat telah diadakan di Padang Sekolah SKPCT . Pasukan Hoki perempuan dilatih oleh Cg Ab Mubin daripada SKPCT manakala pasukan lelaki dilatih oleh Cg Mohd Ramdzan Hanipiah daripada Sek Keb Kg Baharu Serada.

Pasukan Hoki Perempuan telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Bagi pasukan lelaki mereka kurang bernasib baik pada tahun ini. SKPCT menjadi Pengerusi Teknik Kejohanan. Beberapa orang guru SKPCT turut terlibat dalam kejohanan yang berlansung selama  tiga hari itu.


















Selasa, 14 Februari 2012

Penyerahan Akhbar Jawi

Majlis Penyerahan Akhbar Jawi Utusan Melayu dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia dan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) telah disempurna dalam majlis ringkas pada 13 Feb 2012. Setiausaha Agungnya, Syed Anuar Syed Mohamad telah menyampaikan akhbar tersebut kepada murid yang terpilih.












Khamis, 9 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

MAJLIS  : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
TARIKH  : 09 FEBRUARI 2011
ACARA:

  1. PERARAKAN
  2. PERTANDINGAN SELAWAT BAGI MURID TAHUN 2 - 6
  3. CERAMAH MAULIDUR RASUL
  4. NASYID
  5. BERCERITA KISAH NABI
  6. PENYAMPAIAN HADIAH

















PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.