Isnin, 9 September 2013

Selamat Berjuang ...

Esok bermulalah perjuangan anak-anak untuk langkah pertama menempuh ujian peperiksaan. Ingatlah segala pesan yang telah diberikan, panduan yang dititipkan oleh guru-gurumu. Segala ilmu dan pengetahuan telah dicurahkan ,ibarat kata  segala jurus dan buah serta hikmat tempur telah diturunkan kepadamu. Maka esok melangkahlah ke gelanggang pertarungan dengan keyakinan. Terserahlah kepada kamu untuk mengeluarkan jurus dan hikmat.....

Janganlah lupa untuk terus bermunajat kepada Yang Maha Kuasa sehinggalah tiba pada hari penentuannya iaitu  sehinggalah keputusan diumumkan.....

Mohon Restu

Wahai guruku,
Maafkanlah kami,
Kenakalan kami sering mengusarkan kamu,
Kami sering tidak memberikan perhatian,
Kami sering bermain sewaktu engkau mengajar,
Halalkan segala ilmu yang telah kau berikan,
Doakan kejayaan kami,

Wahai muridku,
Kami sudah maafkan kamu sebelum kamu meminta maaf,
Kami mendenda buka bukan kerana benci,
Kami mahu engkau menjadi insan,
Kami  titipkan doa buatmu saban waktu,
Buatmu engkau ibarat anak-anak kami,
In sya allah kejayaan akan mengiringi mu,

Ya Allah berilah kejayaan dunia dan akhirat buat anak didik kami...


















PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.