Selasa, 28 Oktober 2008

JAMUAN TAHUN 6




JAMUAN MERAIKAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6 2008 TELAH DIADAKAN DI HOTEL MID TOWN PADA 26 OKTOBER 2008. TERIMA KASIH ATAS JEMPUTAN TERSEBUT. SEMOGA SEGALA PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI SELAMA 6 TAHUN DI SEKOLAH INI MEMATANG ANDA SEKALIAN.

SEANDAINYANYA KAMU BERJAYA, JANGANLAH DILUPAKAN GURU-GURU YANG TELAH MENDIDIK KAMU SELAMA INI TANPA MEREKA SIAPALAH KAMU...

GAMBAR

Isnin, 27 Oktober 2008

Resepi Masakan Senandung Kejayaan


Resepi Masakan Senandung Kejayaan


Bahan - bahan:


  • Buku secukup rasa (ikut selera)

  • Sebuah Ketekunan (diparut)

  • Segunung kerajinan

  • 4 hiris keinsafan (dimayang)

  • 5 keping kasih sayang

  • Beberapa potong nasihat

  • Beberapa pohon doa

  • Sedikit dendam dan cemburu (dilumat)

  • Secebis malas (digoreng dan ditumbuk halus)

  • Segenggam harapan

  • 1/4 cawan air mata

  • Semangkuk azam

  • Sekuntum senyuman (untuk hiasan)


Cara Memasak:

Buku digaul dengan azam. Ketekunan diperah untuk menjadikan satu liter pati kesungguhan dan dua liter usaha. Keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama. Pijarkan air mata.


Tumiskan keinsafan sehingga menimbulkan kesedaran. Malas, dendam dan cemburu ditumbuk halus.Kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna. Masukkan buku dan campurkan dengan usaha dan kemudian didihkan.


Apabila menggelegak masukkan doa dan tutuplah dengan keimanan.Apabila masak rasalah nikmatnya.


Hidangkan dengan penuh kebanggan. Taburkan di atasnya dengan kesyukuran dan sekuntum senyuman...

Selasa, 14 Oktober 2008

Pelawat Dari SK Sg Acheh





Kami menerima lawatan daripada guru-guru dari SK Sg Acheh, Nibong Tebal Pulau Pinang. Rombangan tersebut diketuai oleh Guru Besar En Rosli bersama guru-guru penolong kanan serta warga sekolah tersebut.

Guru Besar SKPCT mengalu-alukan kedatangan rombongan tersebut dan telah memberikan taklimat mengenai kejayaan pihak sekolah selama ini. Sememangnya sekolah ini menjadi tumpuan dan sering dilawati oleh pihak luar..

Terima kasih atas lawatan tersebut apa yang terkurang kami warga SKPCT memohon maaf...

Khamis, 9 Oktober 2008

Hari Raya




Sambutan Hari Raya ...... Selamat Hari Raya Untuk Semua Warga Sekolah......




Gambar

Selamat Bersara


merakam waktu keluar kali terakhir

SELAMAT BERSARA KEPADA CIKGU AKMAL ALI SETELAH BERKHIDMAT SELAMA 29 TAHUN SEBAGAI SEORANG GURU. BELIAU TELAH BERKHIDMAT DISEKOLAH INI SELAMA 18 TAHUN DAN MERUPAKAN GURU YANG PALING LAMA BERKHIDMAT.

SELAMAT BERSARA SELURUH WARGA SEKOLAH KEHILANAG SEORANG GURU YANG SENTIASA TERSENYUM DAN TIDAK PERNAH BERMASAM MUKA DENGAN SESIAPAPUN. BELIAU SEORANG GURU YANG KOMITED DENGAN TUGASNYA.

KETIADAANNYA AMAT TERASA....


hadiah tanda kasih daripada adik-adik


air mata seorang guru yang terpaksa berpisah dengan rakan-rakan dan anak muridnya

Gambar Majlis Persaraan
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.