Khamis, 17 November 2011

TAHNIAH





Seramai 50 orang murid telah berjaya dalam UPSR 2011. Tahniah buat semua, kepada yang berjaya bersyukurlah kepada Illahi kerana doa guru-guru, ibu bapa dan anda telah dimakbulkan. Kepada yang tidak usahlah bersedih kerana ada hikmah yang sesungguhnya manusia tidak ketahui. Jadilah kegagalan inisebangai tangga untuk lebih berjaya. Perjalanan kamu masih jauh kegagalan hari ini bukanlah kegagalan selamanya. Lihat dan hayatilah kisah-kisah orang yang berjaya. Tahniah buat semua...

GAMBAR LAIN

Rabu, 16 November 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Majlis Anugerah Cemerlang 2011 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj Mohd Sabri b Alwi. Majlis diadakan di Dewan SKPCT dan berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan. Anugerah diberikan kepada murid-murid yang berjaya dalam pelajaran dan dalam bidang ko-kurikulum. Murid-murid yang cemerlang dalam UPSR 2010 seramai 34 orang turut diraikan.

Afiq Naqiuddin b Ismail telah dianurahkan sebagai Tokoh Pelajar Lelaki . Ummi Syahirah bt Zainuddin dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Perempuan.Anugerah diberikan kepada mereka sebagai menghargai sumbangan mereka masing-masing sebagai Ketua Pengawas Sekolah.Manakala Wan Khadijah bt Wan Sukairi adalah Tokoh Nilam . Nik Nur Karimah br Nik Zameri sebagai Tokoh Kokurikulum, yang telah menunjukkan kecemerlangan dalan Sukan Taekwando.







Isnin, 14 November 2011

Ahad, 13 November 2011

Taniah SKPCT

Tahniah kepada pasukan Hoki 10 P dan 11 P  kejayaan menjadi Johan Pertandingan Karnival Hoki anjuran MSST/PHWT/MSNT pada 10-12 November bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya, Baru Burok . Taniah juga kepada pengurus serta jurulatih pasukan  dan juga pemain yang terpilih
  1. Atirah - Pemain Terbaik Keseluruhan P11
  2. Umi Natasha - Pemain Terbaik Perlawanan Akhir P11
  3. Nabihah - Penjaga Gol Terbaik P11
  4. Aqilah - Pemain Terbaik Perlawanan Akhir P10
  5. Ainnur - Penjaga Gol Terbaik P10











Selasa, 8 November 2011

KEM BESTARI SOLAT

PROGRAM  : KEM BERTARI SOLAT
TARIKH    : 8 NOV 2011
ANJURAN : PANITIA AGAMA ISLAM
PESERTA   : SEMUA MURID- MURID SKPCT





Khamis, 3 November 2011

Kem Membaca 1Malaysia

Majlis :Kem Membaca 1 Malaysia
Tempat : Perpustakaan Sekolah
Tarikh : 3 November 2011



Selasa, 1 November 2011

LADAP KSSR

 LADAP Pengenalan  KSSR kepada semua guru dijalankan pada 1 November 2011bertempat di Makmal Komputer SKPCT. Ust Allnurulhuda b Ghazali selaku Ketua Jurulatih Utama  KSSR Kuala Terengganu Selatan telah dibeikan mandat untuk mengendalikan LADAP tersebut.
  Pendedahan awal  KSSR diharapkan dapat dimanfaat sepenuhnya oleh semua guru














 
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.