Khamis, 24 Julai 2008

Tahniah Cg Man dan Cg Ummi

TAHNIAH KEPADA CG GHAZEMAN DAN CG UMMI KALSOM KERANA DITAWARKAN KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI PK KOKO DAN PK HEM.

Cg Ghazeman ditawarkan jawatan sebagai Penolong Kanan Ko Kurikulum di Sek Keb Lembah Jaya , Setiu manakala Cg Ummi sebagai Penolong Kanan Hem di Sek Keb Cheneh 2, Kemaman. Namun kerana kecintaan terhadap SKPCT terlalu mendalam mereka menolak tawaran tersebut.

Bagi mereka SKPCT tetap menjadi pilihan NO 1 dihati mereka biar apapun tawaran yang dapat. Menurut Cg Ghazeman tawaran ini adalah untuk kali ke-2 kepada beliau dan beliau menolak kedua-dua tawaran tersebut. Cg Ummi pula menyatakan tawaran ini adalah kali pertama kepada beliau. Namun, kerana rasa sayang, kasih dan cinta pada sekolah ini membuatkan beliau menolak tawaran tersebut.
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.