Isnin, 23 Mac 2015

PERTANDINGAN UNTUK SKK YANG BERMINAT

PERTANDINGAN UNTUK SKK YANG BERMINAT
Salam 1Malaysia,
Sukacita disampaikan surat jemputan untuk menyertai:
1. Pertandingan National Science Challenge 2015  (muat turun surat di sini)

2. Educational Contest sempena Together In Expo 2015 (muat turun surat di sini)
3. International High School Arts Festival 2015  (muat turun surat di sini)
Bagi pertandingan no. 3 (International High School Arts Festival), SKK dimohon menghubungi pegawai BPSBPSK iaitu Pn Haniza Subari. Sila emel kepada kami di sbkkluster@gmail.com untuk mendapatkan maklumat beliau.

Ahad, 22 Mac 2015

PERLANTIKAN PENGAWAS

Program: Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, PSS dan Pembimbing Rakan Sebaya
Tarikh : 27 Mac 2015

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, PSS dan Pembimbing Rakan Sebaya telah disempurnakan oleh Insp Mohd Norhafiz Rahmat (Inps. Pegawai Penyiasat Cawangan Trafik IPD Kuala Terengganu. Antara yang turut serta dalam majlis tersebut ialah Kpl 141780 Nordiana bt Zainal Abidin selaku Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Chabang Tiga dan Konst 186338 Mohd Fauzi bin Sali.





























Selasa, 10 Mac 2015

Kejohanan Pidato Peringkat Kebangsaan

Kejohanan Pidato Peringkat Kebangsaan

Salam 1 Malaysia,
Pertandingan Pidato SKK Peringkat Kebangsaan
Tarikh : 6-7 Mei 2015
Tempat : Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu
Penyertaan : Murid Sekolah Rendah Sahaja
Bilangan Peserta : 1 orang murid sahaja setiap sekolah, 1 guru pembimbing, 1 pengurus
Yuran Penyertaan : RM40 setiap sekolah
Sebarang pertanyaan sila hantarkan SMS/ WhatsApp kepada En. Khamarul Azwan b. Mohd Nawi (Penyelaras SKK) di talian 013-9496038, jika berminat menyertai pertandingan tersebut. Penyertaan hanya dibuka kepada 20 sekolah rendah sahaja.
Borang penyertaan dan syarat pertandingan akan diberikan kepada 20 sekolah terawal yang menghantar persetujuan menyertai pertandingan melalui sms/WhatsApp, 

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.