Khamis, 18 Jun 2009

Apa dah jadi!

Perkhemahan Mega SKPCT yang sepatutnya berlangsung pada 2-4 Julai ini telah ditunda kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Di mana silapnya, tiada seorang pun yang menyedari tarikh 6 Julai itu bermulanya Pra percubaan UPSR.
Apakah ini melambangkan satu pengurusan yang tidak cekap?
Apakah ini menunjukkan ada kepincangan dalam komunikasi?
Walau apa pun, kita harapkan apa-apa perancangan selepas ini mestilah diurus dengan cekap dan berhemah....
baik di peringkat pengurusan maupun di peringkat pelaksanaan.
SKPCT BOLEH!!!!!

Lagi guru kita bertukar sekolah


Kita kehilangan seorang lagi guru yang berkaliber dan dedikasi...Cg Abd Rahman guru yang kita sayangi telah bertukar ke SK Tapah, K Berang. Hulu Terengganu baru-baru ini. Beliau adalah diantara guru yang paling lama berkhidmat di SKPCT. Bertukar sebagai GPKHEM di sekalah baru adalah sesuatu yang amat membanggakan. Kita doakan, Cg Abd Rahman akan lebih berjaya dengan jawatan barunya dan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan menggunakan akal budi ketika bertugas.

Jangan lupa kita di sini....Kalau ada kelapangan jengok-jengok le kami di sini.
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.