Khamis, 19 Januari 2017

SUMBANGAN PROJEK 1 PENSEL OLEH THR GEGAR

Pada hari ini, SK Pusat Chabang Tiga telah terpilih menjadi lokasi penyerahan sumbangan Projek 1 Pensel THR GEGAR bagi sekolah-sekolah di daerah Kuala Terengganu. Sumbangan telah disampaikan oleh Dj Shah dan Dj Anna kepada pihak sekolah dalam satu majlis yang telah diadakan di Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung(GSTB) bermula pada 8.00pg yang turut juga dihadiri oleh Tuan Haji Khairi bin Mohd Noor, Timbalan PPDKT dan Encik Mohd Taha bin Sali, Ketua Penolong Pengarah (Ketua Unit HEM) JPNT. Sebanyak 1000 batang pensel telah disumbangkan untuk semua murid SKPCT.










  


Klik untuk lihat video "Kisah Sebatang Pensel" THR Gegar #Projek1Pensel




PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.