Rabu, 18 November 2009

KEPUTUSAN UPSR

DEBARAN MURID-MURID TAHUN 6 AKAN BERAKHIR ESOK 19 NOV 2009 APABILA KEPUTUSAN AKAN DIUMUMKAN PADA HARI TERSEBUT. TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA... KEPADA YANG TIDAK BERNASIB BAIK USAHLAH BERASA KECEWA KERANA PERJALANAN ANDA MASIH LAGI JAUH TERUSKAN USAHA.


KEGAGALAN HARI INI JADIKAN PANDUAN UNTUK TERUS BERUSAHA INGATLAH ALLAH TIDAK AKAN MENGECEWAKAN ANDA PASTI ADA HIKMAH DISETIAP KEJADIAN.

Selasa, 17 November 2009

Jamuan Tahunan Tahun 6



Jamuan penghargaan kepada murid-mirid dan pengawas-pengawas Tahun 6 diadakan bagi menghargai sumbangan mereka kepada sekolah selama ini. Selama enam tahun mereka terus memberikan sumbangan kepada sekolah, segala perit jerih mereka selama ini dihargai dengan adanya jamuan ini. Semaga anda semua berjaya dalam peperiksaan UPSR  yang akan diumunkan keputusanya dalam masa terdekat ini
















Jumaat, 13 November 2009

Riadah Bowling




Satu pertandingan Bowling antara warga SKPCT  diadakan di TER selepas selesai lawatan ke SK Padang Mengkuang. Diharapkan aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara warga sekolah. Aktiviti ini mungkin akan dijadikan aktiviti bulanan sekolah. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Cg Mubin , Naib Juara Cg Zulkifli Maliki dan Guru Besar Tn Hj Yusof Abd karim mendapat tempat ketiga.



Fuuhhh... strike


Gaya Juara







Eseiii. kelongkang pulok



 Anak beranak Jah Petir... dah buat sembah tari silat pulak

Rapat mari... nanti kena lipat.. kalu ye pun Fadli tak kan sampai bersilat ekou ni...



Cool.. Cg Din  bola dah masuk line lain ni...







Khamis, 12 November 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke SK Padang Mengkuang






Lawatan ke SK Padang Mengkuang  diadakan pada 11 November 2009 bertujuan mencambah idea untuk penambahbaikan dikalangan warga SKPCT. SK Padang Mengkuang merupakan Johan Negeri bagi pertandingan 3K dan Naib Johan Kebangsaan pada tahun 2009 pertandingan tersebut. diharapkan hasil lawatan tersebut dapat dimanafatkan oleh guru-guru bagi penambahbaikan seiring dengan Misi SKPCT menjadi sekolah Cemerlang menjelang tahun 2011.

Hari Anugerah Cemerlang








Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2009 telah diadakan di Dewan Perpustakaan Negeri pada 10 November 2009. Perasmian telah dilakukan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu , YM Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor. Tahniah kepada yang berjaya. 
























GAMBAR SETERUSNYA

Isnin, 9 November 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2009

Hari anugerah akan diadakan di Dewan Perpustakaan Negeri pada 10 November 2009. Pegawai Pelajaran Daerah dijangka akan merasmikan majlis tersebut.

Rabu, 4 November 2009

Takziah








Takziah daripada seluruh warga sekolah kepada balu pekerja kontarak sekolah yang lebih dikenali panggilan "Pak Shafie" yang telah pulang kerahmatullah pada pagi tadi. Semoga rognya ditempatkan dikalangan para solihin.. Amin... Pihak sekolah telah mengadakan pungutan derma dikalangan seluruh warga sekolah. Guru besar telah menyampaikan sumbangan kepada balu allahyarham.

Ahad, 1 November 2009

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.