Sabtu, 5 Oktober 2013

Hari Keluarga 2013

Setelah sekian lama pada 5 Oktober 2013, Kelab Guru dan Kakitangan SKPCT menganjurkan  Hari Keluarga bagi tahun 2013. Aktiviti tersebut telah hampir 10 tahun tidak diraikan, atas inisiatif Kelab Guru maka aktiviti tersebut diadakan semula. Tujuan utama adalah untuk mengukuhkan ukhuwah dikalangan guru-guru dan kakitangan. Acara memasak yang diketuai oleh Cg Tn Hj Yusof telah seawal pagi lagi menyediakan menu masakan gulai daging, ikan bakar , singgang ikan dan ulam-ulaman. Beberapa acara diadakan bagi pasangan ahli-ahli kelab. Antaranya ialah sambut sayang yang dijalankan berpasangan, pijak belon, tuip belon bagi kanak-kanak. Tahniah kepada kelab guru kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.