Ahad, 31 Julai 2011

Kejohanan Taekwando Jemputan

Seramai lima orang murid SKPCT telah menyertai  Kejohanan Taekwando Jemputan  Terbuka Sek Keb Sultan Sulaiman 1 kali yang ke-2 yang berlansung pada 29 dan 30 Julai 2011. Kesemua mereka telah memenangi pingat dalam pertandingan tersebut dan  SKPCT telah diistiharkan menjadi Naib Johan dengan memenangi 3 pingat Emas, satu Perak dan satu Gangsa.


Nik Nur Karimah bin Zameri memenangi Emas dalam acara Light Middle Weight (Kategori 9-12 tahun),
 Nik Lukman bin Zameri memenangi pingat Emas bagi acara  Light Heavy Weight ( Kategori 9-12)

Wan Nur Syafarina Anissa memenangi pingat Emas bagi acara  Light  Weight ( Kategori 9-12)

Nik Nur Zahirah bt Zameri  memenangi pingat Perak bagi acara  Feather  Weight ( Kategori 9-12)

Umi Syahirah  bt Zainuddin memenangi pingat Gangsa bagi acara  Haeavy  Weight ( Kategori 9-12)

Piala Naib Johan Kejohanan



Ramadan Al Mubarak


Ramadan Scraps
Ramadan orkut scraps, wishes

Orkut Scraps | Eid Mubarak 2011

Jumaat, 22 Julai 2011

CEKOH DURIAN

Pesta Cekoh Doyan selepas Majlis Sembahyang Hajat dikalangan guru-guru. Cekoh sakan guru-guru SKPCT, terima kasih kepada yang memberikan sumbangan untuk menjayakan acara tersebut. Semoga musim durian tahun depan kita buat lagi dan lebih meriah lagi...Inilah istimewanya guru-guru SKPCT rasa kekitakan dan kekeluargaan yang terpupuk sekian lama telah menjayakan apa yang dirancang. Orang kata " KATA APA ,... JADI.."




Sembahyang Hajat

Majlis sembahyang hajat telah dilaksanakan pada 21 Julai 2011, dengan  kehadiran ibu bapa dan murid murid tahun 6 serta warga SKPCT telah menjayakan program tahunan tersebut. Solat Hajat telah diimamkan oleh Ust Alnurulhuda ,kemudiannya  bacaan surah Yassin dan tahlil ringkas oleh Ust Roslan. Semoga apa yang dihajati oleh semua akan dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa.. Amin..

















Selasa, 5 Julai 2011

Ujian Permata Pintar

Ujian Pemata Pintar UKM dan Permata Insan USIM dijalankan pada 5 Julai 2001- 6 Julai 2011. SKPCT telah dijadikan pusat bagi  ujian tersebut.













Sabtu, 2 Julai 2011

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.