Ahad, 25 April 2010

Sukan Tahun Kali Ke 23

Sukan Tahunan Kali ke 23 telahpun dengan jayanya dilansungkan pada 21 Feb 2010. Perasmian telah dilakukan oleh Pengerusi PIBG , Tn Hj Zahari b Nik. Rumah Kuning diistiharkan sebagai Juara, manakala  rumah Hijau telah memenangi  Perbarisan Terbaik. Tahniah kepada semua yang terlibat.


Sabtu, 24 April 2010

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG untuk memilih Jawatankuasa bagi sessi 2011-2012 telah diadakan pada 23 April bagi memilih Pengerusi yang baharu.Perasmian dilakukan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Tn Hj Wan Nawawi b Hj Wan Ismail. Pengerusi yang lalu Cg Zahari Nik telah memberikan khidmat yang  terbaik semasa menjadi pengerusi PIBG. En Fakrul Ariffin yang selama ini menjadi Naib Pengerusi telah dilantik menjadi Pengerusi. Ahli jawatankuasa yang lalu turut dikekalkan dan beberapa ahli yang baru juga dilantik.


Ahad, 11 April 2010

Kursus LMS

Learning Management Sytem ( Sistem Pengurusan Pembelajaran) satu lagi projek oleh MAMPU bagi sekolah-sekolah terpilih. Sejumlah 26 buah sekolah seluruh Negeri Terengganu dipilih sebagai perintis. Kursus  bermula 10 -12 April bertempat di BTP Terengganu.
aduh pening kepala wei nak buat .. tapi best gak.. nak kena godek server. Lepas ni balik kena bagi kursus dijadual 4  Mei

Jumaat, 2 April 2010

PERLAWANAN HOKI PERSAHABATAN

SK TENGKU AMPUAN INTAN, KUALA BERANG  MENJADI PILIHAN BAGI HOKI PERSAHABATAN ANTARA SKPCT. SIR MUBIN DAN CG FADLI SELAKU JURULATIH PASUKAN TURUT MENGIRINGI PASUKAN  HOKI BERSAMA PENGURUS PASUKAN CG ZULKIFLI MALIKI , SIR FAUZI, CG HENDON, CG NAIMI, CG ZARAH. TERIMA KASIH SKTAI KERANA MENERIMA DAN MELAYAN SKPCT.


PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.