Isnin, 18 Mac 2013

Tahniah .. SKPCT

           Tahniah buat SKPCT kerana menjadi Johan Perbarisan bagi sekolah rendah sempena Kejohanan Olahraga MSSDKTS telah berlangsung di SMK Sultan Sulaiman pada 18 Mac 2013. Sekalung tahniah kepada ahli rumah Merah yang mewakili sekolah dalam acara tersebut. Pada tahun 2012 SKPCT juga menjadi johan dalam pertandingan tersebut apabila diwakili oleh ahli rumah Hijau. Kekalkan kejuaraan pada tahun hadapan.

Beberapa atlit SKPCT juga bertanding dalam beberapa acara trek dan balapan namun tidak berjaya untuk memenangi pingat.



















Selasa, 12 Mac 2013

Uji Bakat DJ

Radio SKPCT dibawah kelolaan j-Qaf mengadakan Uji Bakat DJ dikalangan murid - murid bagi mencari calon DJ sekolah. Uji Bakat dijalankan dengan menguji cara penyampai murid dalam Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sambutan dikalangan murid-murid sangat menggalakkan.














Jeruk Oh Jeruk

Murid-murid Tahun 6 melakukan ujikaji mengenai penjerukan makanan dengan membuat jeruk mempelam. Seronok nya mereka melakukan  ujikaji tersebut dibawah bimbingan Sir Fauzi selaku guru matapelajaran Sains bagi murid Tahun 6 Usman Affan. Lihatlah gelagat mereka....













Isnin, 11 Mac 2013

PEMANTAUAN DRMUDA

   Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu akan mengadakan Konvensyen Kelab Doktor Muda di Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato’ Razali Ismail, pada 16 Mac ini. 
   Menjelang Konvesyen tersebut pihak sekolah telah dikunjungi oleh beberapa orang pegawai daripada HSNZ bagi memantau persiapan sekolah untuk menyertai aktiviti tersebut. Bagi tujuan tersebut PK Hem YN Tg Badariah bersama Ustazah Zahabiah menerangkan persiapan dan perjalanan  aktiviti DR MUDA di SKPCT.










PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.