Ahad, 29 Januari 2012

TAHNIAH ... PASUKAN HOKI P12

Sekalung tahniah kepada Pasukan Hoki Perempuan B12 SKPCT kerana menjadi Naib Johan Kejohanan Hoki Night Game.Kejohanan tersebut berlansung pada 27 Januari 2012 bertempat di Stadium Hoki Gong Badak, Kuala Terengganu. SKPCT telah menghantar dua pasukan permpuan iaitu  B10 dan B12. Pasukan B10 adalah pasukan pelapis walaupun tidak berjaya namun kejohanan ini adalah pendedahan awal kepada pasukan tersebut.

Kejayaan ini sebagai pembuka tirai bagi tahun 2012, diharapkan ini adalah signal kejayaan yang lainnya sepanjang tahun 2012. Tahniah kepada Jurulatih Pasukan , Cg Mubin bersama pengurus pasukan Cg Naemi yang tidak jemu melatih mereka  dan terus mencungkil bakat-bakat baru. Diharapkan guru-guru yang mengajar PJK dapat mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan murid-murid dan mengenegahkan bakat-bakat mereka.















GAMBAR LAIN
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.