Selasa, 1 Julai 2008

Hari Guru

Hari Guru SKPCT telah diraikan dengan penuh meriah oleh warga SKPCT. Guru-guru perempuan masing-masing bergaya dengan baju baru mereka.
Beberapa permainan sukaneka diadakan antaranya Bowling Nyoq Komen, Golek Tayar dan Kupas Bawang . Meriah sungguh.......
Tahniah kepada yang berjaya....
Acara dimulaikana dengan ucapan guru besar, Ustaz Razali membacakan perutusan daripa Menteri Pelajaran, manakala Ust Al Nurul Huda membaca perutusan daripada Pengarah JPNT.
Kemudian macam biasa nyanyi lagu Guru Malaysia, dan membaca ikrar guru.
Juruaraca majlis merupakan gandingan baharu Cg Johari dan pasangannya Cg Normalia.

Gambar menarik


Posted by Picasa

Pengawas 2009



Majlis perlantikan Pengawas Sekolah bagi sessi 2008-2009 telah disempurnakan oleh Guru Besar SKPCT pada 29 June 2008. Majlis dikendalikan oleh Badan Disiplin Sekolah yang dipengerusikan oleh En Razalli Bachik telah berjalan dengan jayanya. Turut diadakan juga majlis Penyerahan Jawatan oleh Pengawas-Pengawas Tahun 6 yang diketuai oleh Mohd Hafiz Kamaruddin.

Pengawas-pengawas Pusat Sumber sekolah juga menerima watikah perlantikan dan penyerahan tugas.

Terima kasih kepada pengawas-pengawas sekolah yang telah menjalankan tugas mereka demi memartabatkan disiplin sekolah SKPCT. Jasa kalian pihak sekolah amat hargai.

Gambar majlis.

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.