Khamis, 24 Julai 2014

Bantuan Raya

Bantuan Anak Yatim adalah program tahunan SKPCT apabila bulan ramadan. Bantuan berupa wang dan beras diberikan kepada anak-anak yatim hasil sumbangan guru-guru dan PIBG sekolah serta orang perseorangan. Semoga keberkatan Ramadan dapat dirasai oleh semua.













 
















Rabu, 23 Julai 2014

Terima Kasih

Terima Kasih kepada pengawas-pengawas peperiksaan yang mengawas murid-murid SKPCT yang menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Kerjasama kalian amat kami hargai..













Khamis, 17 Julai 2014

Lawatan Penanda Aras

Seramai 12 orang guru yang terlibat dalam AJK Sekolah Kluster mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Kebangsaan Seri Berang, Kuala Berang yang merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan Bahasa Inggeris dan Sek. Keb Tunku Ampuan Intan, Kuala Berang Sekolah Berprestari Tinggi  bagi berkongsi idea mengenai sekolah kluster. Rombongan lawatan diketuai oleh PK Akedemik Cg Tan Woon Su , PK Ko Kurikulum Cg Azman Sulong dan Penyelaras Sekolah Kluster, Cg Tn Hj Ab. Mubim. Hasil daripada lawatan tersebut adalah proses pencerahan mengenai sekolah kluster.



Ahli Rombangan bersama Guru Besar Seri Berang Pn. Nurani bt Lebai Abdul dan barisn pentadbir SK Seri Berang









Bersama Guru Besar SKTAI 


Guru Besar SKTAI  Hj Mat Hassan Bin Draman








PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.