Ahad, 21 Ogos 2016

Tahniah Angels

Tahniah kepada pasukan Angels kerana menjadi Naib Johan Pertandingan Hoki dalam Kejohanan MSSM 2016 di Perak pada 13 Ogos-18 Ogos 2016  . Seramai tujuh orang pemain pasukan Angels mewakili Negeri Terengganu dalam kejohanan tersebut.


















Ahad, 14 Ogos 2016

UJIAN HAFAZAN

UJIAN HAFAZAN
14 OGOS 2016

Seramai 500 orang murid Tahap 2 menduduki Ujian Hafazan yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM). Murid dikehendaki membaca beberapa surah lazim dan pilihan dan sekiranyanya berjaya mereka akan mendapat insentif RM50 setiap orang.















SPELL IT RIGHT

Muhammad Safwan bin Zulkifli mendapat tempat Ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1000 dalam Pertandingan Spell It Right Peringkat Negeri Terengganu tang telah berlansung di Permai Inn pada 5 Ogos 2016. Tanhiah ..
Nurul Farisha Huda dan Nik Nur Aisya mendapat hadiah saguhati membawa pulang hadiah RM100













Sabtu, 13 Ogos 2016

PECAH TABUNG BANK RAKYAT 2016

SKPCT sekali lagi menjadi venue utama bagi Program Pecah Tabung Bank Rakyat bagi tahun 2016. Program telah berlansung pada 13 Ogos 2016 di Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung SKPCT SKK. Acara mewarna telah menawarkan hadiah RM100 kepada setiap pemenang pilihan,manakala penyimpan terbanyak mendapat RM1000 bagi tempat pertama , RM500 bagi tempat kedua, RM400 bagi tempat ketiga, RM300 tempat keempat,dan RM200 bagi tempat kelima.

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.