Rabu, 23 Julai 2008

Meh Buat Kain Rentang


Meh Pakat Buat Kain Rentang adalah acara tahunan sekolah SKPCT, sebagai ransangan motivasi kepada calon-calon UPSR. Setiap panitia mata pelajaran teras dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya 4 helai kain rentang yang akan dipamerkan dikawasan-kawasan tertentu disekitar sekolah.

Beberapa kain rentang telah berjaya disiapkan oleh guru-guru sekolah pada hari semalam 22 Julai 2008. Antara catatan yang SEMPAT dilakarkan pada kain rentang tersebut ' STRIKE FOR EXCELLENT', ' THINK 5A SURE 5A GET 5A', SCORE 5A OUR GOAL', 5A PASTI BOLEH, A WINNER NEVER QUITS, BE THE BEST BEAT THE REST'.

Majlis menaikkan kain rentang akan dilakukan oleh Guru Besar pada 25 Julai 2008.

TEKAD GEMILANG UPSR



Program Tekad Gemilang UPSR 08 diadakan pada 15 - 17 Julai 2008 di Batu Burok Beach Resort. Seramai 65 orang murid 'target' telah menyertai program yang dikendalikan oleh Unit Kaunseling Sekolah. Murid-murid didedahkan dengan teknik menjawab soalan oleh guru-guru SKPCT sendiri. Motivasi pelajar turut diberikan oleh Cikgu Taha yang merupakan Kaunselor Sek Menengah Agama Tok Jiring.
Program mendapat kerjasama daripada semua pihak, diharapkan semua murid yang mengikuti program akan mempergunakan sepenuhnya ilmu yang ditimba daripada program tersebut.


Lihat gambar
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.