Khamis, 16 Mei 2013

Jamuan....Hari Guru

Jamuan Hari Guru diadakan di D'Beteng berhampiran Taman Tamadun Islam secara santai bertujuan mengeratkan hubungan antara guru-guru tanpa ada protokol tertentu.. Tahniah kepada Kelab Guru yang menganjurkan majlistersebut.









HARI GURU .... 2013

Tanggal 16 Mei seluruh dunia menyambut Hari Guru sebagai menghargai jasa guru dalam mendidik anak bangsa.... Pada peringkat sekolah 16 Mei merupakan hari penting dalam kelendar sekolah....









Rabu, 15 Mei 2013

Selamat Hari Guru



TEMA HARI GURU 2013

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Selasa, 7 Mei 2013

TERIMA KASIH PERMATA PINTAR

Sek Keb Pusat Chabang Tiga  telah terpilih sebagai Penyertaan Terbanyak Program Permata Pintar bagi tahun 2012 bagi kategori Sekolah Rendah  untuk negeri Terengganu. Pihak Permata Pintar telah menghadiahkan sebuah komputer riba disatu majlis yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Admin telah mewakili Guru Besar ke majlis tersebut. 



PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.