Khamis, 20 Mei 2010

MAKAN MALAM

PERHARGAAN DARIPADA PIHAK PIBG SKPCT DENGAN MENGANJURKAN MAKAN MALAM SEBAGAI TANDA KASIH KEPADA SEMUA GURU. PIBG TURUT MENYUMBANGKAN HADIAH YANG LUMAYAN DALAM ACARA CABUTAN BERTUAH KEPADA SEMUA GURU DAN WARGA SEKOLAH. TAHNIAH KEPADA CG KAMARIAH KERANA BERTUAH MENDAPAT GRAND PRIZE BERUPA SEBUAH TV.


Selamat Hari Guru

16 Mei adalah tarikh paling istimewa buat para guru seluruh negara. Hari yang diiktiraf sebagai hari bagi warga pendididik. Buat para guru semoga bakti  mulia dan iklas anda hanya Allah yang membalasnya. Buat rakan-rakan pendidik yang telah tiada hanya doa dan fatihah diiringkan. Fatihah juga buat guru-guru kita yang telah lama tiada tanpa mereka siapalah kita. Guru yang mula-mula mengajar kita adalah ibu dan ayah.
    BERBURU KE PADANG DATAR,
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI,
   BERGURU KEPALANG AJAR,
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI.

Murid tak tau membaca , kita bersalah
murid tak berdisiplin, kita bersalah,
murid didenda, kita bersalah,
MURID BERJAYA?
HASIL USAHA SENDIRI...... KITA?...

Namun guru tetap guru.... apa sahaja tomahan kita tetap mengajar dan mendidik anak bangsa... itulah guru satu pekerjaan yang penuh KEBERKATAN.



PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.