Selasa, 31 Ogos 2010

Merdeka....Merdeka

Sambutan Merdeka  peringkat sekolah berlansung dengan meriah dengan dihiasi Pertandingan Menghias Basikal, Nyanyian Lagu Patriotik, dan Mewarna.


Isnin, 30 Ogos 2010

Perutusan Pengarah Pelajaran

Pembacaan perutusan Pengarah Pelajaran Negeri untuk murid-murid tahun 6 yang akan memduduki peperiksaan UPSR, dengan penuh harapan agar semua murid akan mencapai kejayaan yang membanggakan demi mengekalkan kedudukan pencapaian UPSR .


Jumaat, 20 Ogos 2010

Kunjungan Pengarah

Warga SKPCT mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Pelajaran Negeri atas kesudiannya untuk memberi peransang dan semangat buat putera-puteri SKPCT yang akan menduduki peperiksaan. Kunjungan tersebut adalah satu penghormatan buat pihak sekolah, kerana beliau meletakkan pengharapan yang tinggi kepada sekolah ini untuk mencapai kejayaan yang gemilang dalam UPSR yang akan menjelang.


Selasa, 17 Ogos 2010

Standard Guru Malaysia

Logo SGM
Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu. 



Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5). 

Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,

Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Takziah Untuk Keluarga Ustazah Masnuraida bt Nawi


SKPCT kehilangan seorang lagi guru pada hari ini iaitu Ustazah Masnuraida bt Nawi yang telah pulang kerahmatullah pada 7 Ogos 2010. Semoga allah mencucuri rahmat keats roh allahyarhamah dan menempatkan  beliau ditempat yangdirahmati. Sesungguhnya benar janji Allah itu bahawa setiap yang hidup akan merasai mati. Al Fatihah
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.