Ceramah keagungan peristiwa Isra' dan Mikraj disampaikan oleh Ustaz Abdul Alim bin Zakaria daripada SK Bukit Bayas.
Selasa, 2 April 2019
PROGRAM BULAN PENGHAYATAN IBADAH SOLAT
Ceramah keagungan peristiwa Isra' dan Mikraj disampaikan oleh Ustaz Abdul Alim bin Zakaria daripada SK Bukit Bayas.
Ahad, 20 Mei 2018
Selasa, 2 Januari 2018
Khamis, 2 Julai 2015
Nuzul Quran
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
Kehebatan Al-Quran
- Allah berfirman yang bermaksud:“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
- Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
- Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
- Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23)
- Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
- Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
- Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2
- Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud:‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
- Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
- Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
- Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
- Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
- Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
- Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
- Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
- Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
Rabu, 17 Jun 2015
1. Bulan Diturunkannya Al-Quran
2. Amal Soleh Yang Berlipat Ganda
3. Bulan Pernuh Keberkahan
4. Ramadhan Bulan Pengampunan Dosa
“Solat yang lima waktu, dari jumat ke jumat, dan Ramadhan ke Ramadhan, merupakan penghapus dosa di antara mereka, jika dia menjauhi dosa-dosa besar.” (HR. Muslim)
5. Pintu Syurga Ditutup, Pintu Neraka Ditutup
6. Bulan yang Mendidik untuk Mencapai Ketaqwaan
7. Terdapat Malam Lailatul Qadar
Sabtu, 15 Februari 2014
MAMPUKAH kita JAWAB 5 SOALAN di dalam KUBUR nanti?
Setiap muslim yang hidup di dunia ini perlu tahu apa soalan-soalan cepumas yang akan ditanya dan semua jawapan tersebut telah kita ketahui. Yang kita tidak ketahui adalah dapatkah kita menjawab semua persoalan yang ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nakir.
Rasulullah s.a.w bersabda: ”Apabila si mati dikuburkan, datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satu lagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya). Kemudian mereka menyoalnya: Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?
Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:
Mereka bertanya kepadanya: Apa yang engkau pernah sembah?
Maka kalau Allah memberi hidayah petunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: Aku menyembah Allah!
Kemudian ia ditanya lagi: Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?
Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga:
Mereka menyoalnya dengan berkata: Siapa Tuhanmu?
Ia menjawab: Tuhanku ialah Allah!
Mereka bertanya lagi: Apa agama mu?
Ia menjawab: Agamaku ialah Islam!
Mereka bertanya lagi: Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu?
Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata:Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!
Mereka berkata kepadanya: Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian.
Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: ”Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga.”
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: ”Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya; kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: Tidurlah! Lalu ia berkata: Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?
Dua Malaikat itu berkata kepadanya: Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.
Jika si mati itu seorang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak.
Lalu dua Malaikat itu berkata: Memang kami tahu engkau berkata demikian.
Dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia pakaian dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka.
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: ”Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya; kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.” (Abu Hurairah r.a)
sumber: Atiqsalleh (MAMPUKAH kita JAWAB 5 SOALAN di dalam KUBUR nanti?).
Khamis, 23 Januari 2014
ETIKA PENTING DALAM BERDOA

Pertama, permohonan doa tersebut hendaklah ditujukan kepada Allah sahaja. Tidak boleh menujukan doa kepada seseorang selain Allah, tidak boleh menujukan doa kepada seseorang bersama Allah. Doa merupakan salah satu urusan aqidah, maka hendaklah kita berhati-hati agar tidak melakukan syirik dalam rangka berdoa.
Kedua, permohonan doa hendaklah dengan hati yang sedar dan berharap. Usah berdoa dengan hati yang lalai, putus asa atau ragu-ragu. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah mengingatkan: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kalian meyakini ia akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa daripada hati yang lupa lagi lalai. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 3401/3479]
Oleh itu apabila seseorang berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa-dosanya dan dia benar-benar berharap agar Allah mengampunkan dosa-dosa, maka sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dalam hadis qudsi di atas, Allah akan mengampuni dosa-dosa tersebut.Ingat anda, jangan berputus asa daripada rahmat dan keampunan Allah. Berdoalah kepada Allah sahaja agar dosa-dosa tersebut diampuni-Nya dan berharaplah agar Allah memakbulkan doa agar diampuni dosa-dosa tersebut. Jangan lupa juga ya, untuk selitkan doa iringan untuk kedua ibu bapa kita setiap kali anda menadahkan tangan untuk memohon doa dari-NYA.
Sumber: karangkraf. com
Isnin, 23 Julai 2012
Isnin, 8 Ogos 2011
AMALAN PELAJAR CEMERLANG
Ahad, 31 Julai 2011
Ahad, 10 Januari 2010
Al-Fatihah
Rabu, 4 November 2009
Takziah
Takziah daripada seluruh warga sekolah kepada balu pekerja kontarak sekolah yang lebih dikenali panggilan "Pak Shafie" yang telah pulang kerahmatullah pada pagi tadi. Semoga rognya ditempatkan dikalangan para solihin.. Amin... Pihak sekolah telah mengadakan pungutan derma dikalangan seluruh warga sekolah. Guru besar telah menyampaikan sumbangan kepada balu allahyarham.
Sabtu, 10 Oktober 2009
Waktu gempa Padang sama dgn ayat & surah dlm Al-Quran...masyaAllah

Gempa di Padang jam 17..16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qurâan!
17.16 (QS. Al Israaâ ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
17.58 (QS. Al Israaâ ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.
sumber; eramuslim
ADAB DALAM PERSAHABATAN
- Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
- Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
- Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
- Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
- Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
- Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
- Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
- Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
- Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanyamenyekat perhubungan dgn insan lain.
- Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
- Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
- Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Berbaik Sangka Sesama Insan
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Ahad, 4 Oktober 2009
Kebesaran Ilahi
KELIHATAN AWAN MEMBENTUK KALIMAH ALLAH
SUBHANALLAH.....
Sesungguhnya Allah Maha Kaya menjadikan sesuatu. Fenomena Halo pada bulan berlaku hanya di Kuala Terengganu dapat dilihat pada 30 September yang lalu. Lihat gambar yang kempat tembentuk kalimat ALLAH pada awan. Sesungguhnya hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Gambar tersebut saya rakam di SEK KEB PUSAT CHABANG TIGA pada pukul 10:57:38 malam berselang tiga minit daripada gambar pertama .
Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Isnin, 27 Oktober 2008
Resepi Masakan Senandung Kejayaan

- Buku secukup rasa (ikut selera)
- Sebuah Ketekunan (diparut)
- Segunung kerajinan
- 4 hiris keinsafan (dimayang)
- 5 keping kasih sayang
- Beberapa potong nasihat
- Beberapa pohon doa
- Sedikit dendam dan cemburu (dilumat)
- Secebis malas (digoreng dan ditumbuk halus)
- Segenggam harapan
- 1/4 cawan air mata
- Semangkuk azam
- Sekuntum senyuman (untuk hiasan)





















