Sabtu, 30 Ogos 2008

Solat Hajat Perdana

"Ya Allah berilah kejayaan kepada anak-anak kami dalam menghadapi Peperiksaan UPSR nanti, tenangkanlah hati mereka. Amin.."

Gambar

Khamis, 28 Ogos 2008

Sambutan Bulan Kemerdekaan



MERDEKA.. MERDEKA....MERDEKA...
SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN SKPCT TELAH MENYAMBUTNYA DENGAN ADAKAN ACARA NYANYIAN LAGU PATRIOTIK, MENDEKLAMASI SAJAK DAN MEWARNA .
TAHNIAH KEPADA PEMENANG

GAMBAR

Rabu, 27 Ogos 2008

Final Countdown...Seri Indah Resort, Batu Buruk.

Tension wehh.... Bermula semalam seramai 50 orang murid elit SKPCT telah bekampung di SIR, Batu Buruk. K.Terengganu selama 3 hari untuk membuat persiapan terakhir mereka bagi menghadapi UPSR yang tinggal tak beberapa hari lagi.

Kesian.... tension abisssss...... tapi takapa.... kolam yang indah dapat menenangkan fikiran..... berenanglah sepuas-puasnya.... BUT pastikan 5A dalam genggaman.


view gambar dalam kolam:
http://picasaweb.google.com/sek.pusat3/SeriIndahResort

Selasa, 26 Ogos 2008

Muhasabah Diri

Aduh sedih benar .... terasa pengorbanan ibu bila ikuti slot Muhasabah Diri bersama Cg Muhammad Ibrahim yang lebih dikenali 'Ayah Wear'. Somoga pengalaman yang dikutip akan terus tersemat didalam hati sebagai peransang untuk dihadiahkan kejayaan kepada ibu bapa.
Jangan lah hanya malam tadi je menangis pas tu ... habih gitu je.. ingat jasa ibu dan ayah adik-adik...


gambar

Dekat SanGat Doh Weh.

Guane kabo semua murid th 6..... Sihat????

UPSR dekat doh wehh.... 13 hari je gi..... guane ada yang dok sedia gi.....

Kalu dah...baguhah...kalu dok, belajarlah last minit ni.......

Anyway.... sir doakan semua berjaya dengan cemerlang, insyaallah.

Gua caya lu..... AAAAA...dalam genggaman... Caya sokmo.

Mana-mana yang nok sample answer BI(pap.2) masukle blog sir, http://cahayakasturi.blogspot.com

ok....

Ahad, 24 Ogos 2008

Makan Pagi FREE...

Wah beruntunglah kalian menjadi pelajar target diraikan dan dibimbing bagai menatang minyak yang penuh. Segala kemahuan cuba dipenuhi oleh pihak sekolah. Balaslah segala penat lelah para guru dengan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti.

Gambar

Ahad, 17 Ogos 2008

Wakili Negeri Ke Pertandingan EUREKA Sains







Seramai 4 orang pelajar Tahun 5 telah terpilih mewakili Negeri Terengganu Ke Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 18 -22 Ogos 2008 bertempat di Sek Men Sains Kuching, Sarawak.

Che Ahmad Najwan b Che Mohd Shukri, W Mohd Fadullah b Wan Mohd Rosdi, Fatimah Aini Nabilah bt Hussin dan Nursyahirah bt Razali telah terpilih mewakili Negeri Terengganu bagi Pertandingan EUREKA Sains KATEGORI SEKOLAH RENDAH. Pn Zurainah Ngah dipilih sebagai guru pengiring.

Guru Besar SKPCT Tn Hj Yusof b Abd Karim, akan mengetuai Kontijen Negeri Terengganu ke pertandingan tersebut.

Selamat Berjuang semoga berjaya... SKPCT BOLEH.

s

Isnin, 11 Ogos 2008

Motivasi Pengarah

Dah bersedia ke?

Pengarah JPNT Tn Hj Ariffin Embong telah mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR bagi memberi peransang dan motivasi kepada mereka.

Beliau sudi meluangkan masa kira-kira sejam setengah bersama murid-murid demi memastikan mereka bersedia menghadapi Peperiksaan UPSR. Beliau amat yakin SKPCT akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada tahun ini.

Gambar

Ahad, 10 Ogos 2008

Lawatan Ke Taman Burung Ajil

Pelajar-pelajar Tahun 6 telah melawat ke Taman Burung Ajil sebagai satu 'Program Melegakan Tekanan' setelah penat belajar. Seramai 143 orang murid diiringi 8 orang guru menyertai rombongan tersebut.

Gambar


Majlis bersama Waris Pintar- Satu program Anti Dadah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah diadakan di SKPCT semalam. 

Pegawai dari AADK telah memberikan ceramah mengenai gejala dadah kepada murid-murid dan majlis ini  juga turut dihadiri ibu-bapa. Pameran Anti Dadah turut diadakan, murid-murid telah mendapat pendedahan mengenai gejala dadah yang melanda masyarakat dewasa ini.

gambar

Ahad, 3 Ogos 2008

SAMBUTAN ISRAQ MIKRAJ



Majlis sambutan Israq Mikraj telah diadakan pada hari ini dengan jayanya. Pengisian majlis di mulai dengan ucapan Guru Besar dan seterusnya ceramah oleh Ustaz Razalli Bachik yang menceritakan peristiwa Israq yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Kuiz mengenai peristiwa Israq Mikraj diadakan kepada murid-murid disamping beberapa aktiviti lain turut dijalankan seperti pertandingan Menulis Jawi bagi murid tahap Tahap 1 dan Tahap 2.



Gambar

JOHAN LAGI WEH........


SKPCT mengekalkan kejuaraannya untuk 2 tahun berturut dengan menjadi Johan Hoki Perempuan P10 sempena Karnival Hoki Bawah 10 / 11 Tahun 2008 anjuran PHWT/PHLNT/MSSMT yang telah berlansung pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2008.

Nur Shazleen Nadia Kamalisan telah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik bagi Kategori P10 pada kejohanan tersebut. Tahniah kepada Jurulatuh Pasukan Cikgu Abd Mubin yang telah melatih pasukan ini. Terima kasih kepada pengurus pasukan Cg Fauzi dan Cg Zul Maliki.

Terima kasih juga kepada penyokong setia Guru Besar SKPCT Tn Hj Yusof Abd Karim yang sudi meluangkan masa memberi sokongan kepada pasukan pada hari pertama kejohanan, SU Sukan Cg Azman juga turut meluangkan masanya.

Jutaan terima kasih juga kepada PK Hem Cg Mohd Yunos, Cg Sulaiman serta , Ustaz Razali yang sudi hadir pada hari terakhir untuk memberi sokongan dan peransang kepada pemain.

Tanniah kepada semua pemain........ SKPCT MASIH JUARA............


PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.