Isnin, 18 Mei 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Selamat Hari Guru untuk semua guru SKPCT dan guru-guru di seluruh Malaysia.
Jasamu tetap dikenang...Terima kasih Cikgu.

Picasa Web Albums - Hj Ab Mubim - hari guru skpct 09

SAMBUTAN HARI GURU

Perarakan para guru diringi oleh pengawas sekolah.

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TELAH DISAMBUT DENGAN MERIAH PADA 17 MEI 2009. SAMBUTAN DIMULAI DENGAN BACAAN YASIN DIKETUAI OLEH UST ROSLAN. GURU BESAR TN HJ YUSOF ABD KARIM TELAH MEMBERIKAN TAZKIRAH RINGKAS. BACAAN PERUTUSAN DARIPADA KETUA PENGARAH PELAJARAN OLEH CG FADHLI SERTA CG SULAIMAN MEMBACA PERUTUSAN DARIPADA MENTERI PELAJARAN.

KEMUDIANNYA DIADAKAN PERSEMBAHAN OLEH GURU- GURU DAN MURID-MURID. GURU BESAR MENUNJUKKAN BAKATNYA DENGAN MENYANYI SEBUAH LAGU DARIPADA KUMPULAN D'LLYOD 'SEMALAM DI MALAYA'.




Bakat Terpendam

Khamis, 14 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

HARI ISTIMEWA BUAT PARA GURU TELAH TIBA LAGI. 16 MEI ADALAH TARIKH SAMBUTANNYA.

BERBURU KE TANAH DATAR
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI

Rabu, 6 Mei 2009

Untuk renungan semata

Hidup ini adalah satu proses penyelesaian masalah. Bagaimana proses kita mengatasi sesuatu masalah itu bergantung kepada keikhlasan hati...Kebijaksanaan mengurus...mengurus masa, mengurus sumber, mengurus tenaga dan mengurus nawaitu.
Sesaorang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang berjaya mengurus masalah yang dihadapi dengan tenang, sistematik, bijak dan ada 'sense of human' yang tinggi. Tidak mementingakan diri sendiri, tidak pula menyalahkan orang lain sekiranya gagal dalam proses penyelesaian sesuatu masalah dan sentiasa bersyukur. Itu lah manusia yang berjaya dalam hidup.
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.