Sabtu, 26 Mac 2011

LADAP LMS

Pendedahan penggunaan MOODLE dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah diberikan pada 26 Mac 2011 oleh admin kepada guru-guru SKPCT. Diharapkan guru dapat mengaplikasi pembelajaran secara maya kepada murid-murid. SKPCT adalah salah sebuah sekolah daripada 53 buah sekolah yang terlibat dalam Projek Learning Management System kendalian MAMPU di Malaysia.

 















Selasa, 8 Mac 2011

Majlis Jasamu Dikenang.



Satu majlis keraian telah diadakan di Puncak Gamelan, Primula Beach Hotel K.Trg,  pada hari ini (7/3/2011) khas untuk meraikan guru-guru SKPCT yang telah bertukar. Mereka adalah terdiri daripada Guru besar, Tuan Hj Yusof b Abd Karim, PK1, Cg Aziz, PKHEM- Tn Hj Muhammad, PKKO- Tn Hj Nordin, Cg Zulkifli Maliki, Cg. Azizah, Cg. Sabariah, Cg. Samsiah, dan Ustazah Hartina.

Khamis, 3 Mac 2011

Sukan Tahunan SKPCT kali ke-24








Alhamdulillah...Sukan Tahunan Sekolah selamat melabuhkan tirainya petang semalam. Tahniah kepada semua murid dan guru skpct yang telah berkerja keras untuk menjayakannya. Tidak lupa juga kepada semua ahli dan guru Rumah Hijau yang muncul Juara pada tahun ini mengalahkan juara tahun lepas Kuning. Dari segi pengurusan, masih perlu diperbaiki untuk melicinkan perjalanan sukan...Penyelia peserta perlu lebih aktif dalam menyediakan peserta peserta. Begitu juga denggan guru guru rumah. Hakim yang dipilih perlu diberi penerangan bagaimana untuk menentukan tempat pertama, kedua dan seterusnya. AJK hadiah perlu lebih bersedia, pastikan medal medal kemenangan itu adalah sama dengan acara yang berkaitan, dan yang paling penting pemenang pertama mendapat medal emas seterusnya perak dan gangsa. Perlu juga diberi perrhatian aturcara acara yang di pertandingakan; terlalu rapat, kasihan atlit yang terlibat dengan dua acara..(Dokdang nok mengoh). Acara penyampaian hadiah dan penutup adalah kemuncak bagi sesuatu sukan.Apa yang berlaku semalam...majlis penyampaian hadiah tidak berjalan lancar, banyak masa terbuang dan ini perlu dibaiki pada masa hadapan. Apa pun tahniah sekali lagi.....SKPCT BOLEH!

Selasa, 1 Mac 2011

The battles begin....Olahraga SKPCT kali ke - 24 / 2011


Mari beramai-ramai menyaksikan sukan tahunan sk pusat chabang tiga k trg:

pada - 2/3/2011
jam - 2.00 pm
tempat - padang skpct
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.