Rabu, 16 November 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Majlis Anugerah Cemerlang 2011 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj Mohd Sabri b Alwi. Majlis diadakan di Dewan SKPCT dan berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan. Anugerah diberikan kepada murid-murid yang berjaya dalam pelajaran dan dalam bidang ko-kurikulum. Murid-murid yang cemerlang dalam UPSR 2010 seramai 34 orang turut diraikan.

Afiq Naqiuddin b Ismail telah dianurahkan sebagai Tokoh Pelajar Lelaki . Ummi Syahirah bt Zainuddin dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Perempuan.Anugerah diberikan kepada mereka sebagai menghargai sumbangan mereka masing-masing sebagai Ketua Pengawas Sekolah.Manakala Wan Khadijah bt Wan Sukairi adalah Tokoh Nilam . Nik Nur Karimah br Nik Zameri sebagai Tokoh Kokurikulum, yang telah menunjukkan kecemerlangan dalan Sukan Taekwando.







PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.