Ahad, 23 Oktober 2011

Kejohana Taekwando Jemputan

Pada 14-15 Oktober Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman Satu (SKSS1)telah menganjurkan  Kejohanan Taekwando Jemputan Antara Sekolah-sekolah Zon Timur Kali Pertama . Seramai lima atlet taekwando sekolah telah menyertai pertandingan tersebut dan telah memenangi pingat dalam acara yang disertai.


  • Kategori Light Weight - Nik Nur Zahirah Zameri (Pingat Emas)
  • Kategori Light Middle - Nik Nur Karimah Zameri (Pingat Emas)
  • Kategori  Heavy Weight - Ummi Syahirah Zainuddin (Pingat Gangsa)
  • Kategori  Heavy Weight - Nik Lukman Zameri ( Pingat Emas)
  • Kategori B (6-8 tahun) - Puteri Adriana ( Pingat Perak)
Pasukan sekolah juga telah diistiharkan sebagai Naib Johan Keseluruhan dan Naib Johan Kategori 9-12 tahun.


Pertandingan Pantas Jawi

   Pada 18 Oktober 2011, Dewan Bahasa dan Pustaka  Wilayah Timur telah mengadakan pertandingan Pantas Jawi Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Perpustakaan Awam Terengganu sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Pertandingan terbuka kepada murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Pihak sekolah telah menghantar tiga peserta terdiri daripada murid Tahun 6 iaitu:


  • Muhammad Hariz b Mohd Iskandar Zulkarnien
  • Wan Khadijah bt Wan Shukairi
  • Wan Nur Nabihah bt Wan Mohamed Samsuri

   Dua orang peserta telah layak ke peringkat akhir dan telah mendapat tempat ke-2 dan ke-3. Wan Khadijah bt Wan Shukairi telah mengondol tempat kedua menerima sebuah Kamus Pelajar , Sijil Penghargaan dan Wang tunai sebanyak RM130. Manakala Wan Nur Nabihah bt Wan Mohamed Samsuri pula mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang sebuah Kamus Pelajar , Sijil Penghargaan dan Wang tunai sebanyak RM100. Muhammad Hariz b Mohd Iskandar Zulkarnien hanya mendapat sauhati berupa sebuah Kamus Pelajar dan Sijil Penyertaan.

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.