Rabu, 5 Oktober 2011

Belangsungkawa : Ustaz Razalli dalam kenangan...


Salam…
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)
Semalam tanggal 4 Oktober 2011 pada jam 6.50 pagi seluruh warga sekolah menerima  berita yang menyedihkan  atas kembalinya seorang guru, dan sahabat menemui Yang Maha Esa. Berita pemergiannya diterima dengan rasa terkejut, hiba dan sugul. Terasa sunyi dan sepi buat seketika.
Walaupun Allahyarham bukan lagi menjadi warga SKPCT setelah bertukar ke IPGM Dato Razalli pada tahun 2009 namun rasa kemesraan tatap terjalin utuh. Bagi beliau SKPCT adalah rumah keduanya, semasa bertukar ke IPGM anak-anak beliau tidak percaya beliau akan ke sana kerana beliau terlalu sinonim dengan SKPCT. Saban hari tidak kira malam atau siang beliau akan berada di SKPCT untuk menemui sahabat-sahabatnya. Jika beliau bercuti tempat pertama yang ditujuinya adalah SKPCT , semata-mata untuk menemui sahabat dan rakan hanya sekadar sembang kosong atau tau berbelanja rakan-rakan. 
Sepanjang hayatnya beliau terlalu berdedikasi terhadap tugas, berilah apa sahaja tugas kepadanya dia akan berkerja keras menjayakannya. Sepanjang perhubungan sebagai seorang sahabat senyuman sentiasa berada dibibirnya. Kami sebagai sahabat akan membantu dengan penuh iklas hasil tarbiah yang diberikan oleh beliau.
 Semoga Allah menempatkan mu dalam salah satu syurgaNya, kau yang ku  anggap bukan seorang sahabat tetapi seorang abang walaupun sedih atas kehilanganmu  namun redha . Bahagialah kau disana. Segala nasihat dan ajaran yang kau berikan akan ku pergunaakan sebaik mungkin. 


"Ya, Allah engkau ampunilah hamba mu ini , engkau tempatlah dia dikalangan kekasih-Mu. Hambamu ini telah banyak menabur jasa  dan baktinya kepada agama mu . Hambamu ini telah mempergunakan harta-harta  yang diperolehinya kejalanMu. Hamba ini telah menggunakan usianya  untuk mengagungkan kekasihmu Rasullullah s.a.w dan berjuang untuk mendaulatkankan Islam didunia ini. Ya, Allah Engkau Maha Mengetahui apa yang aku tidak ketahui. Limpahkan kasih sayangMu padanya , limpahkan juga kasih sayang Mu pada keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Ya Allah kami redha atas kehilangan orang yang kami kasihi, maka ampunilah kami jika kami berlebihan dalam kami meratapi pemergiannya,
Ya Allah ampunilah kami.... amin"






PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.