PEMBERIAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN SEBANYAK RM100 UNTUK MURID-MURID TAHUN 1,2 DAN 3.
Isnin, 14 November 2011
Ahad, 13 November 2011
Taniah SKPCT
Tahniah kepada pasukan Hoki 10 P dan 11 P kejayaan menjadi Johan Pertandingan Karnival Hoki anjuran MSST/PHWT/MSNT pada 10-12 November bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya, Baru Burok . Taniah juga kepada pengurus serta jurulatih pasukan dan juga pemain yang terpilih
Selasa, 8 November 2011
KEM BESTARI SOLAT
PROGRAM : KEM BERTARI SOLAT
TARIKH : 8 NOV 2011
ANJURAN : PANITIA AGAMA ISLAM
PESERTA : SEMUA MURID- MURID SKPCT
TARIKH : 8 NOV 2011
ANJURAN : PANITIA AGAMA ISLAM
PESERTA : SEMUA MURID- MURID SKPCT
Khamis, 3 November 2011
Selasa, 1 November 2011
LADAP KSSR
LADAP Pengenalan KSSR kepada semua guru dijalankan pada 1 November 2011bertempat di Makmal Komputer SKPCT. Ust Allnurulhuda b Ghazali selaku Ketua Jurulatih Utama KSSR Kuala Terengganu Selatan telah dibeikan mandat untuk mengendalikan LADAP tersebut.
Pendedahan awal KSSR diharapkan dapat dimanfaat sepenuhnya oleh semua guru
Ahad, 23 Oktober 2011
Kejohana Taekwando Jemputan
Pada 14-15 Oktober Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman Satu (SKSS1)telah menganjurkan Kejohanan Taekwando Jemputan Antara Sekolah-sekolah Zon Timur Kali Pertama . Seramai lima atlet taekwando sekolah telah menyertai pertandingan tersebut dan telah memenangi pingat dalam acara yang disertai.
- Kategori Light Weight - Nik Nur Zahirah Zameri (Pingat Emas)
- Kategori Light Middle - Nik Nur Karimah Zameri (Pingat Emas)
- Kategori Heavy Weight - Ummi Syahirah Zainuddin (Pingat Gangsa)
- Kategori Heavy Weight - Nik Lukman Zameri ( Pingat Emas)
- Kategori B (6-8 tahun) - Puteri Adriana ( Pingat Perak)
Pasukan sekolah juga telah diistiharkan sebagai Naib Johan Keseluruhan dan Naib Johan Kategori 9-12 tahun.
Pertandingan Pantas Jawi
Pada 18 Oktober 2011, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur telah mengadakan pertandingan Pantas Jawi Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Perpustakaan Awam Terengganu sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Pertandingan terbuka kepada murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Pihak sekolah telah menghantar tiga peserta terdiri daripada murid Tahun 6 iaitu:
Dua orang peserta telah layak ke peringkat akhir dan telah mendapat tempat ke-2 dan ke-3. Wan Khadijah bt Wan Shukairi telah mengondol tempat kedua menerima sebuah Kamus Pelajar , Sijil Penghargaan dan Wang tunai sebanyak RM130. Manakala Wan Nur Nabihah bt Wan Mohamed Samsuri pula mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang sebuah Kamus Pelajar , Sijil Penghargaan dan Wang tunai sebanyak RM100. Muhammad Hariz b Mohd Iskandar Zulkarnien hanya mendapat sauhati berupa sebuah Kamus Pelajar dan Sijil Penyertaan.
- Muhammad Hariz b Mohd Iskandar Zulkarnien
- Wan Khadijah bt Wan Shukairi
- Wan Nur Nabihah bt Wan Mohamed Samsuri
Dua orang peserta telah layak ke peringkat akhir dan telah mendapat tempat ke-2 dan ke-3. Wan Khadijah bt Wan Shukairi telah mengondol tempat kedua menerima sebuah Kamus Pelajar , Sijil Penghargaan dan Wang tunai sebanyak RM130. Manakala Wan Nur Nabihah bt Wan Mohamed Samsuri pula mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang sebuah Kamus Pelajar , Sijil Penghargaan dan Wang tunai sebanyak RM100. Muhammad Hariz b Mohd Iskandar Zulkarnien hanya mendapat sauhati berupa sebuah Kamus Pelajar dan Sijil Penyertaan.
Ahad, 16 Oktober 2011
Program Pembangunan Bola Sepak Negara: Laporan Pemantauan dan Sesi Latihan Program Pemban...
Program Pembangunan Bola Sepak Negara: Laporan Pemantauan dan Sesi Latihan Program Pemban...: Salam 1 Malaysia PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 14OKT...
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.










