Ahad, 23 Oktober 2011

Pertandingan Pantas Jawi

   Pada 18 Oktober 2011, Dewan Bahasa dan Pustaka  Wilayah Timur telah mengadakan pertandingan Pantas Jawi Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Perpustakaan Awam Terengganu sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Pertandingan terbuka kepada murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Pihak sekolah telah menghantar tiga peserta terdiri daripada murid Tahun 6 iaitu:


  • Muhammad Hariz b Mohd Iskandar Zulkarnien
  • Wan Khadijah bt Wan Shukairi
  • Wan Nur Nabihah bt Wan Mohamed Samsuri

   Dua orang peserta telah layak ke peringkat akhir dan telah mendapat tempat ke-2 dan ke-3. Wan Khadijah bt Wan Shukairi telah mengondol tempat kedua menerima sebuah Kamus Pelajar , Sijil Penghargaan dan Wang tunai sebanyak RM130. Manakala Wan Nur Nabihah bt Wan Mohamed Samsuri pula mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang sebuah Kamus Pelajar , Sijil Penghargaan dan Wang tunai sebanyak RM100. Muhammad Hariz b Mohd Iskandar Zulkarnien hanya mendapat sauhati berupa sebuah Kamus Pelajar dan Sijil Penyertaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.