Aduh sedih benar .... terasa pengorbanan ibu bila ikuti slot Muhasabah Diri bersama Cg Muhammad Ibrahim yang lebih dikenali 'Ayah Wear'. Somoga pengalaman yang dikutip akan terus tersemat didalam hati sebagai peransang untuk dihadiahkan kejayaan kepada ibu bapa.
Jangan lah hanya malam tadi je menangis pas tu ... habih gitu je.. ingat jasa ibu dan ayah adik-adik...
gambar
Selasa, 26 Ogos 2008
Dekat SanGat Doh Weh.
Guane kabo semua murid th 6..... Sihat????
UPSR dekat doh wehh.... 13 hari je gi..... guane ada yang dok sedia gi.....
Kalu dah...baguhah...kalu dok, belajarlah last minit ni.......
Anyway.... sir doakan semua berjaya dengan cemerlang, insyaallah.
Gua caya lu..... AAAAA...dalam genggaman... Caya sokmo.
Mana-mana yang nok sample answer BI(pap.2) masukle blog sir, http://cahayakasturi.blogspot.com
ok....
UPSR dekat doh wehh.... 13 hari je gi..... guane ada yang dok sedia gi.....
Kalu dah...baguhah...kalu dok, belajarlah last minit ni.......
Anyway.... sir doakan semua berjaya dengan cemerlang, insyaallah.
Gua caya lu..... AAAAA...dalam genggaman... Caya sokmo.
Mana-mana yang nok sample answer BI(pap.2) masukle blog sir, http://cahayakasturi.blogspot.com
ok....
Ahad, 24 Ogos 2008
Makan Pagi FREE...
Wah beruntunglah kalian menjadi pelajar target diraikan dan dibimbing bagai menatang minyak yang penuh. Segala kemahuan cuba dipenuhi oleh pihak sekolah. Balaslah segala penat lelah para guru dengan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti.
Gambar
Gambar
Ahad, 17 Ogos 2008
Wakili Negeri Ke Pertandingan EUREKA Sains
Seramai 4 orang pelajar Tahun 5 telah terpilih mewakili Negeri Terengganu Ke Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 18 -22 Ogos 2008 bertempat di Sek Men Sains Kuching, Sarawak.
Che Ahmad Najwan b Che Mohd Shukri, W Mohd Fadullah b Wan Mohd Rosdi, Fatimah Aini Nabilah bt Hussin dan Nursyahirah bt Razali telah terpilih mewakili Negeri Terengganu bagi Pertandingan EUREKA Sains KATEGORI SEKOLAH RENDAH. Pn Zurainah Ngah dipilih sebagai guru pengiring.
Guru Besar SKPCT Tn Hj Yusof b Abd Karim, akan mengetuai Kontijen Negeri Terengganu ke pertandingan tersebut.
Selamat Berjuang semoga berjaya... SKPCT BOLEH.
s
Isnin, 11 Ogos 2008
Motivasi Pengarah
Dah bersedia ke?
Pengarah JPNT Tn Hj Ariffin Embong telah mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR bagi memberi peransang dan motivasi kepada mereka.Beliau sudi meluangkan masa kira-kira sejam setengah bersama murid-murid demi memastikan mereka bersedia menghadapi Peperiksaan UPSR. Beliau amat yakin SKPCT akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada tahun ini.
Gambar
Ahad, 10 Ogos 2008
Lawatan Ke Taman Burung Ajil
Pelajar-pelajar Tahun 6 telah melawat ke Taman Burung Ajil sebagai satu 'Program Melegakan Tekanan' setelah penat belajar. Seramai 143 orang murid diiringi 8 orang guru menyertai rombongan tersebut.
Gambar
Gambar
Majlis bersama Waris Pintar- Satu program Anti Dadah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah diadakan di SKPCT semalam.
Pegawai dari AADK telah memberikan ceramah mengenai gejala dadah kepada murid-murid dan majlis ini juga turut dihadiri ibu-bapa. Pameran Anti Dadah turut diadakan, murid-murid telah mendapat pendedahan mengenai gejala dadah yang melanda masyarakat dewasa ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
