Ahad, 17 Ogos 2008

Wakili Negeri Ke Pertandingan EUREKA Sains







Seramai 4 orang pelajar Tahun 5 telah terpilih mewakili Negeri Terengganu Ke Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 18 -22 Ogos 2008 bertempat di Sek Men Sains Kuching, Sarawak.

Che Ahmad Najwan b Che Mohd Shukri, W Mohd Fadullah b Wan Mohd Rosdi, Fatimah Aini Nabilah bt Hussin dan Nursyahirah bt Razali telah terpilih mewakili Negeri Terengganu bagi Pertandingan EUREKA Sains KATEGORI SEKOLAH RENDAH. Pn Zurainah Ngah dipilih sebagai guru pengiring.

Guru Besar SKPCT Tn Hj Yusof b Abd Karim, akan mengetuai Kontijen Negeri Terengganu ke pertandingan tersebut.

Selamat Berjuang semoga berjaya... SKPCT BOLEH.

s

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.