Isnin, 4 Ogos 2008
Ahad, 3 Ogos 2008
SAMBUTAN ISRAQ MIKRAJ
Majlis sambutan Israq Mikraj telah diadakan pada hari ini dengan jayanya. Pengisian majlis di mulai dengan ucapan Guru Besar dan seterusnya ceramah oleh Ustaz Razalli Bachik yang menceritakan peristiwa Israq yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Kuiz mengenai peristiwa Israq Mikraj diadakan kepada murid-murid disamping beberapa aktiviti lain turut dijalankan seperti pertandingan Menulis Jawi bagi murid tahap Tahap 1 dan Tahap 2.
Gambar
JOHAN LAGI WEH........
SKPCT mengekalkan kejuaraannya untuk 2 tahun berturut dengan menjadi Johan Hoki Perempuan P10 sempena Karnival Hoki Bawah 10 / 11 Tahun 2008 anjuran PHWT/PHLNT/MSSMT yang telah berlansung pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2008.
Nur Shazleen Nadia Kamalisan telah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik bagi Kategori P10 pada kejohanan tersebut. Tahniah kepada Jurulatuh Pasukan Cikgu Abd Mubin yang telah melatih pasukan ini. Terima kasih kepada pengurus pasukan Cg Fauzi dan Cg Zul Maliki.
Terima kasih juga kepada penyokong setia Guru Besar SKPCT Tn Hj Yusof Abd Karim yang sudi meluangkan masa memberi sokongan kepada pasukan pada hari pertama kejohanan, SU Sukan Cg Azman juga turut meluangkan masanya.
Jutaan terima kasih juga kepada PK Hem Cg Mohd Yunos, Cg Sulaiman serta , Ustaz Razali yang sudi hadir pada hari terakhir untuk memberi sokongan dan peransang kepada pemain.
Tanniah kepada semua pemain........ SKPCT MASIH JUARA............
Khamis, 31 Julai 2008
Siren Perjuangan UPSR Sudah Dibunyikan
Terbitkan Catatan
Satu kain rentang gergasi berukuran 43 meter telah dinaikan sebagai tanda bermulanya perjuangan murid-murid Tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR .
'GURU-GURU DN IBU BAPA : DOAKANLAH KEJAYAAN KAMI DALAM PEPERIKSAAN UPSR' Itulah mesej yang hendak disampaikan . Pihak sekolah telah membelanjakan sekitar RM 2 000.00 untuk menyiapkan kain rentang tersebut dan beberapa lagi kain rentang yang akan digantung sekitar kawasan sekolah.
Para pelajar Tahun 6 dan guru-guru juga turut menandatangai sehelai kain rentang sebagai ikrar pelajar untuk mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR. Penolong Kanan HEM memulakan acara menandatangani kain rentang tersebut menandakan siren pecutan untuk peperiksaan sudah bermula.
Teruskan berjuang wahai pelajar SKPCT anda pasti mencapai kejayaan yang diidamkan jika anda berusaha mencapainya. ALLAH WISHES sama-samalah bermunajat kepada Yang Maha Kuasa.
Gambar
Karnival Hoki 2008

BERITA HANGAT WEEH....
Pasukan Hoki Perempuan Sekolah (P10) SKPCT 'A' telah berjaya muncul JUARA kumpulan setelah berjaya mengalahkan SK Sg.Buluh,Hulu Trg: 1-0, seri dengan SK Kg Tengah Manir: 1-1 dan seri dengan SK. Bukit Cempaka, K.Trg: 1-1. SKPCT 'A' akan bertemu dengan Pasukan dari SK.Kubu, Marang di peringkat separuh akhir pada hari Sabtu ini (2.8.08) jam. 3.00ptg. sekiranya berjaya, SKPCT 'A' akan ke final pada hari yang sama.
TAHNIAH!!!! Go!Go!Go! SKPCT boleh.
Tahniah juga diucapkan kepada Pasukan SKPCT 'B' walaupun gagal ke peringkat seterusnya, telah menunjukan semangat yang tinggi ketika menentang pasukan lawan....Cuba lagi tahun depan...... Mr.Q..tq....Pengurus yang paling bersemangat.....Mr.Fauzi dan Cg. Zurainah pun tak kurang hebatnya.......
Selasa, 29 Julai 2008
Karnival Hoki MSST Bawah 10 dan 11 Tahun
Karnival Hoki MSST bawah 10 dan 11 tahun anjuran PHWNT/PHLNT/MSSMT 2008 akan bermula pada 30 Julai hingga 2 Ogos 2008. Kejohanan ini akan diadakan di Padang Hoki MBKT Batu Burok Kuala Terengganu.
Pasukan Hoki SKPCT akan diwakili oleh 2 pasukan bawah 10 perempuan dan satu pasukan bawah 11 perempuan.
Mereka akan diiringi oleh Cg Abd Mubin selaku jurulatih, Cg Zulkifli Maliki sebagai Pengurus Pasukan P11 , Cg Fauzi sebagai Pengurus Pasukan P10 'A' dan Cg Ahmad Naquiddin sebagai Pengurus Pasukan P10'B' sementara Cg Zurainag Ngah sebagai Penolong Pengurus Pasukan bagi ketiga-tiga pasukan.
Selamat berjuang kepada Pasukan Hoki sekolah.... semoga menjadi 'Juara' laungkan SKPCT BOLEH.
Pasukan Hoki SKPCT akan diwakili oleh 2 pasukan bawah 10 perempuan dan satu pasukan bawah 11 perempuan.
Mereka akan diiringi oleh Cg Abd Mubin selaku jurulatih, Cg Zulkifli Maliki sebagai Pengurus Pasukan P11 , Cg Fauzi sebagai Pengurus Pasukan P10 'A' dan Cg Ahmad Naquiddin sebagai Pengurus Pasukan P10'B' sementara Cg Zurainag Ngah sebagai Penolong Pengurus Pasukan bagi ketiga-tiga pasukan.
Selamat berjuang kepada Pasukan Hoki sekolah.... semoga menjadi 'Juara' laungkan SKPCT BOLEH.
Ahad, 27 Julai 2008
AWAS SYIRIK KECIL YANG TERSEMBUNYI
Ada sejenis syirik dinamakan syirik tersembunyi.Ia dikatakan tersembunyi kerana kita cuai dan gagal untuk mengesannya.
Rasulullah Salallahualaihiwasalam telah mengingatkan umatnya tentang bahaya syirik tersebut.Baginda amat khuatir terhadap umat sesudahnya sebagaimana yang tercatat dalam sebuah hadiths bermaksud:Perkara yang paling aku takuti atas umatku ialah syirik kecil.
Para sahabat bertanya: "Apakah erti syirik kecil itu, wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Riak".
Sebahagian ulama berpendapat bahawa syirik ada dua jenis -syirik besar dan syirik kecil.
Imam Syamsuddin Az Zahabi dalam kitabnya Al Kabaair menyifatkan syirik itu sebagai dosa terbesar. Menyebut tentang syirik, beliau mengatakan bahawa syirik kepada ALLAH terbahagi dua itu:Orang yang menyekutukan ALLAH dan menyembah selain daripada NYA seperti batu, matahari, bulan, Nabi, syeikh, raja dan sebagainya.
Inilah syirik yang terbesar.Sila hayati maksud ayat-ayat berikut ini, yang bermaksud:"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan NYA (dengan sesuatu dan apa jua),dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki NYA (menurut aturan syariat NYA).(Surah An-Nisaa: 48 ).
Firman NYA lagi, yang bermaksud:"Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman: 13 )
ALLAH Subhana wa Ta'ala berfirman seterusnya, bermaksud:"Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka sesunggunya ALLAH haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka." (Surah Al-Maaidah: 72 )
Rasulullah Salallahualaihiwasalam juga telah mengingatkan kita bahawa syirik itu adalah dosa yang terbesar. Dalam sebuah hadithsnya Baginda bersabda: "Bukankah aku telah mengingatkan kamu tentang dosa yang terbesar?"
Para sahabat menjawab: "Ya, wahai Rasulullah."Baginda pun bersabda: "Mempersekutukan ALLAH dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa."
Syirik kecil atau tersembunyi pula sebahagian besar dari kita kurang prihatin padanya. Syirik yang dimaksudkan itu ialah riak dalam setiap amalan. Asas amalan yang soleh ialah ikhlas kerana ALLAH sama ada dalam solat, zakat, haji, puasa, sedekah atau sebagainya.
ALLAH Subhana wa Ta'ala telah memerintahkan kita supaya ikhlas kepada NYA sebagaiman yang telah di firmankan dalam surah Al-Khadi ayat 110 yang bermaksud:"Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah beliau mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah beliau mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."
Rasulullah Salallahualaihiwasalam pernah menggambarkan kepada kita tentang orang yang menunjuk-nunjukkan amalannya.Orang itu umpamakan seperti orang mengisi dompetnya dengan ketulan batu dan kemudian ke pasar untuk membeli sesuatu dengannya. Orang mentertawakannya dan beliau berasa malu kerana ketulan batu itu tidak memberi manfaat baginya, malah menjadi buah mulut orang.
Amalan riak itu tidak ada ganjarannya di akhirta kelak. ALLAH Subhana wa Ta'ala berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 23 yang menyentuh tentang amalan riak:"Dan KAMI hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu KAMI jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan."Apa jua amal yang baik yang pernah dilakukan oleh orang-orang kafir di dunia dahulu, akan terbuang sahajapada hari kiamat dan tidak dapat memberikan sebarang pertolongan dengan sebab kekufuran mereka.
Rasulullah Salallahualaihiwasalam pernah menasihatkan seorang lelaki dari para sahabat, bersabdanya:"Janganlah sekali-kali kamu menipu ALLAH."
Lantas sahabatnya itu bertanya: "Bagaimana dianggap seorang menipu ALLAH?"
Baginda pun menerangkan kepadanya bahawa hendaklah "Kamu turut perintah ALLAH dan Rasul NYA- janganlah kamu memalingkan amalan kamu itu selain daripada ALLAH- jauhi perbuatan riak kerana ia merupakan syirik yang kecil."
Firman ALLAH Subhana wa Ta'ala, yang bermaksud:"Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk ALLAH,Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Surah Al-Anaam: 162 )
dipetik dari laman
Pasukan Hoki Perempuan SKPCT sekali lagi membuktikan kehebatan mereka menjuarai untuk kali ke empat berturut-turut, Kejohanan Hoki bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Terengganu 2008.
SYABAS!!!!! kepada semua pemain, Manager Cg Zulkifli Maliki,
Coach Cg Hj Ab Mubim Ab Wahab, Cg Fauzi Eding dan semua guru SKPCT yang terlibat.
Coach Cg Hj Ab Mubim Ab Wahab, Cg Fauzi Eding dan semua guru SKPCT yang terlibat.
Insyaallah tahun depan JUARA pulok...
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.