Khamis, 31 Julai 2008

Siren Perjuangan UPSR Sudah Dibunyikan















Terbitkan Catatan
Satu kain rentang gergasi berukuran 43 meter telah dinaikan sebagai tanda bermulanya perjuangan murid-murid Tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR .

'GURU-GURU DN IBU BAPA : DOAKANLAH KEJAYAAN KAMI DALAM PEPERIKSAAN UPSR' Itulah mesej yang hendak disampaikan . Pihak sekolah telah membelanjakan sekitar RM 2 000.00 untuk menyiapkan kain rentang tersebut dan beberapa lagi kain rentang yang akan digantung sekitar kawasan sekolah.

Para pelajar Tahun 6 dan guru-guru juga turut menandatangai sehelai kain rentang sebagai ikrar pelajar untuk mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR. Penolong Kanan HEM memulakan acara menandatangani kain rentang tersebut menandakan siren pecutan untuk peperiksaan sudah bermula.

Teruskan berjuang wahai pelajar SKPCT anda pasti mencapai kejayaan yang diidamkan jika anda berusaha mencapainya. ALLAH WISHES sama-samalah bermunajat kepada Yang Maha Kuasa.

Gambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.