Sabtu, 26 Mac 2011
LADAP LMS
Pendedahan penggunaan MOODLE dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah diberikan pada 26 Mac 2011 oleh admin kepada guru-guru SKPCT. Diharapkan guru dapat mengaplikasi pembelajaran secara maya kepada murid-murid. SKPCT adalah salah sebuah sekolah daripada 53 buah sekolah yang terlibat dalam Projek Learning Management System kendalian MAMPU di Malaysia.
Selasa, 8 Mac 2011
Majlis Jasamu Dikenang.
Satu majlis keraian telah diadakan di Puncak Gamelan, Primula Beach Hotel K.Trg, pada hari ini (7/3/2011) khas untuk meraikan guru-guru SKPCT yang telah bertukar. Mereka adalah terdiri daripada Guru besar, Tuan Hj Yusof b Abd Karim, PK1, Cg Aziz, PKHEM- Tn Hj Muhammad, PKKO- Tn Hj Nordin, Cg Zulkifli Maliki, Cg. Azizah, Cg. Sabariah, Cg. Samsiah, dan Ustazah Hartina.
Khamis, 3 Mac 2011
Sukan Tahunan SKPCT kali ke-24
Alhamdulillah...Sukan Tahunan Sekolah selamat melabuhkan tirainya petang semalam. Tahniah kepada semua murid dan guru skpct yang telah berkerja keras untuk menjayakannya. Tidak lupa juga kepada semua ahli dan guru Rumah Hijau yang muncul Juara pada tahun ini mengalahkan juara tahun lepas Kuning. Dari segi pengurusan, masih perlu diperbaiki untuk melicinkan perjalanan sukan...Penyelia peserta perlu lebih aktif dalam menyediakan peserta peserta. Begitu juga denggan guru guru rumah. Hakim yang dipilih perlu diberi penerangan bagaimana untuk menentukan tempat pertama, kedua dan seterusnya. AJK hadiah perlu lebih bersedia, pastikan medal medal kemenangan itu adalah sama dengan acara yang berkaitan, dan yang paling penting pemenang pertama mendapat medal emas seterusnya perak dan gangsa. Perlu juga diberi perrhatian aturcara acara yang di pertandingakan; terlalu rapat, kasihan atlit yang terlibat dengan dua acara..(Dokdang nok mengoh). Acara penyampaian hadiah dan penutup adalah kemuncak bagi sesuatu sukan.Apa yang berlaku semalam...majlis penyampaian hadiah tidak berjalan lancar, banyak masa terbuang dan ini perlu dibaiki pada masa hadapan. Apa pun tahniah sekali lagi.....SKPCT BOLEH!
Selasa, 1 Mac 2011
The battles begin....Olahraga SKPCT kali ke - 24 / 2011
Mari beramai-ramai menyaksikan sukan tahunan sk pusat chabang tiga k trg:
pada - 2/3/2011
jam - 2.00 pm
tempat - padang skpct
Rabu, 16 Februari 2011
Rabu, 9 Februari 2011
LATIHAN SUKAN SEKOLAH 2011
PERHATIAN SEMUA MURID TAHAP 2 !!!
JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN BARU:
HARI : AHAD DAN RABU
MASA : 5.00 - 6.30 PTG
RUMAH: BIRU DAN MERAH
HARI : ISNIN DAN KHAMIS
MASA : 5.00 - 6.30 PTG
RUMAH: KUNING DAN HIJAU
HARAP MAKLUM.
JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN BARU:
HARI : AHAD DAN RABU
MASA : 5.00 - 6.30 PTG
RUMAH: BIRU DAN MERAH
HARI : ISNIN DAN KHAMIS
MASA : 5.00 - 6.30 PTG
RUMAH: KUNING DAN HIJAU
HARAP MAKLUM.
Ahad, 10 Oktober 2010
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (PERKUB) untuk tahun 2010 telah diadakan di 18 RAMD kem Seri Pantai pada 7 Oktober hingga 9 Okt. Pelbagai aktiviti diadakan dan telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak tentera.
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.




