Khamis, 3 Mac 2011

Sukan Tahunan SKPCT kali ke-24








Alhamdulillah...Sukan Tahunan Sekolah selamat melabuhkan tirainya petang semalam. Tahniah kepada semua murid dan guru skpct yang telah berkerja keras untuk menjayakannya. Tidak lupa juga kepada semua ahli dan guru Rumah Hijau yang muncul Juara pada tahun ini mengalahkan juara tahun lepas Kuning. Dari segi pengurusan, masih perlu diperbaiki untuk melicinkan perjalanan sukan...Penyelia peserta perlu lebih aktif dalam menyediakan peserta peserta. Begitu juga denggan guru guru rumah. Hakim yang dipilih perlu diberi penerangan bagaimana untuk menentukan tempat pertama, kedua dan seterusnya. AJK hadiah perlu lebih bersedia, pastikan medal medal kemenangan itu adalah sama dengan acara yang berkaitan, dan yang paling penting pemenang pertama mendapat medal emas seterusnya perak dan gangsa. Perlu juga diberi perrhatian aturcara acara yang di pertandingakan; terlalu rapat, kasihan atlit yang terlibat dengan dua acara..(Dokdang nok mengoh). Acara penyampaian hadiah dan penutup adalah kemuncak bagi sesuatu sukan.Apa yang berlaku semalam...majlis penyampaian hadiah tidak berjalan lancar, banyak masa terbuang dan ini perlu dibaiki pada masa hadapan. Apa pun tahniah sekali lagi.....SKPCT BOLEH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.