Pelajar-pelajar Tahun 6 telah melawat ke Taman Burung Ajil sebagai satu 'Program Melegakan Tekanan' setelah penat belajar. Seramai 143 orang murid diiringi 8 orang guru menyertai rombongan tersebut.
Gambar
Ahad, 10 Ogos 2008
Majlis bersama Waris Pintar- Satu program Anti Dadah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah diadakan di SKPCT semalam.
Pegawai dari AADK telah memberikan ceramah mengenai gejala dadah kepada murid-murid dan majlis ini juga turut dihadiri ibu-bapa. Pameran Anti Dadah turut diadakan, murid-murid telah mendapat pendedahan mengenai gejala dadah yang melanda masyarakat dewasa ini.
Isnin, 4 Ogos 2008
Ahad, 3 Ogos 2008
SAMBUTAN ISRAQ MIKRAJ
Majlis sambutan Israq Mikraj telah diadakan pada hari ini dengan jayanya. Pengisian majlis di mulai dengan ucapan Guru Besar dan seterusnya ceramah oleh Ustaz Razalli Bachik yang menceritakan peristiwa Israq yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Kuiz mengenai peristiwa Israq Mikraj diadakan kepada murid-murid disamping beberapa aktiviti lain turut dijalankan seperti pertandingan Menulis Jawi bagi murid tahap Tahap 1 dan Tahap 2.
Gambar
JOHAN LAGI WEH........
SKPCT mengekalkan kejuaraannya untuk 2 tahun berturut dengan menjadi Johan Hoki Perempuan P10 sempena Karnival Hoki Bawah 10 / 11 Tahun 2008 anjuran PHWT/PHLNT/MSSMT yang telah berlansung pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2008.
Nur Shazleen Nadia Kamalisan telah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik bagi Kategori P10 pada kejohanan tersebut. Tahniah kepada Jurulatuh Pasukan Cikgu Abd Mubin yang telah melatih pasukan ini. Terima kasih kepada pengurus pasukan Cg Fauzi dan Cg Zul Maliki.
Terima kasih juga kepada penyokong setia Guru Besar SKPCT Tn Hj Yusof Abd Karim yang sudi meluangkan masa memberi sokongan kepada pasukan pada hari pertama kejohanan, SU Sukan Cg Azman juga turut meluangkan masanya.
Jutaan terima kasih juga kepada PK Hem Cg Mohd Yunos, Cg Sulaiman serta , Ustaz Razali yang sudi hadir pada hari terakhir untuk memberi sokongan dan peransang kepada pemain.
Tanniah kepada semua pemain........ SKPCT MASIH JUARA............
Khamis, 31 Julai 2008
Siren Perjuangan UPSR Sudah Dibunyikan
Terbitkan Catatan
Satu kain rentang gergasi berukuran 43 meter telah dinaikan sebagai tanda bermulanya perjuangan murid-murid Tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR .
'GURU-GURU DN IBU BAPA : DOAKANLAH KEJAYAAN KAMI DALAM PEPERIKSAAN UPSR' Itulah mesej yang hendak disampaikan . Pihak sekolah telah membelanjakan sekitar RM 2 000.00 untuk menyiapkan kain rentang tersebut dan beberapa lagi kain rentang yang akan digantung sekitar kawasan sekolah.
Para pelajar Tahun 6 dan guru-guru juga turut menandatangai sehelai kain rentang sebagai ikrar pelajar untuk mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR. Penolong Kanan HEM memulakan acara menandatangani kain rentang tersebut menandakan siren pecutan untuk peperiksaan sudah bermula.
Teruskan berjuang wahai pelajar SKPCT anda pasti mencapai kejayaan yang diidamkan jika anda berusaha mencapainya. ALLAH WISHES sama-samalah bermunajat kepada Yang Maha Kuasa.
Gambar
Karnival Hoki 2008

BERITA HANGAT WEEH....
Pasukan Hoki Perempuan Sekolah (P10) SKPCT 'A' telah berjaya muncul JUARA kumpulan setelah berjaya mengalahkan SK Sg.Buluh,Hulu Trg: 1-0, seri dengan SK Kg Tengah Manir: 1-1 dan seri dengan SK. Bukit Cempaka, K.Trg: 1-1. SKPCT 'A' akan bertemu dengan Pasukan dari SK.Kubu, Marang di peringkat separuh akhir pada hari Sabtu ini (2.8.08) jam. 3.00ptg. sekiranya berjaya, SKPCT 'A' akan ke final pada hari yang sama.
TAHNIAH!!!! Go!Go!Go! SKPCT boleh.
Tahniah juga diucapkan kepada Pasukan SKPCT 'B' walaupun gagal ke peringkat seterusnya, telah menunjukan semangat yang tinggi ketika menentang pasukan lawan....Cuba lagi tahun depan...... Mr.Q..tq....Pengurus yang paling bersemangat.....Mr.Fauzi dan Cg. Zurainah pun tak kurang hebatnya.......
Selasa, 29 Julai 2008
Karnival Hoki MSST Bawah 10 dan 11 Tahun
Karnival Hoki MSST bawah 10 dan 11 tahun anjuran PHWNT/PHLNT/MSSMT 2008 akan bermula pada 30 Julai hingga 2 Ogos 2008. Kejohanan ini akan diadakan di Padang Hoki MBKT Batu Burok Kuala Terengganu.
Pasukan Hoki SKPCT akan diwakili oleh 2 pasukan bawah 10 perempuan dan satu pasukan bawah 11 perempuan.
Mereka akan diiringi oleh Cg Abd Mubin selaku jurulatih, Cg Zulkifli Maliki sebagai Pengurus Pasukan P11 , Cg Fauzi sebagai Pengurus Pasukan P10 'A' dan Cg Ahmad Naquiddin sebagai Pengurus Pasukan P10'B' sementara Cg Zurainag Ngah sebagai Penolong Pengurus Pasukan bagi ketiga-tiga pasukan.
Selamat berjuang kepada Pasukan Hoki sekolah.... semoga menjadi 'Juara' laungkan SKPCT BOLEH.
Pasukan Hoki SKPCT akan diwakili oleh 2 pasukan bawah 10 perempuan dan satu pasukan bawah 11 perempuan.
Mereka akan diiringi oleh Cg Abd Mubin selaku jurulatih, Cg Zulkifli Maliki sebagai Pengurus Pasukan P11 , Cg Fauzi sebagai Pengurus Pasukan P10 'A' dan Cg Ahmad Naquiddin sebagai Pengurus Pasukan P10'B' sementara Cg Zurainag Ngah sebagai Penolong Pengurus Pasukan bagi ketiga-tiga pasukan.
Selamat berjuang kepada Pasukan Hoki sekolah.... semoga menjadi 'Juara' laungkan SKPCT BOLEH.
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.