Isnin, 9 September 2013

Selamat Berjuang ...

Esok bermulalah perjuangan anak-anak untuk langkah pertama menempuh ujian peperiksaan. Ingatlah segala pesan yang telah diberikan, panduan yang dititipkan oleh guru-gurumu. Segala ilmu dan pengetahuan telah dicurahkan ,ibarat kata  segala jurus dan buah serta hikmat tempur telah diturunkan kepadamu. Maka esok melangkahlah ke gelanggang pertarungan dengan keyakinan. Terserahlah kepada kamu untuk mengeluarkan jurus dan hikmat.....

Janganlah lupa untuk terus bermunajat kepada Yang Maha Kuasa sehinggalah tiba pada hari penentuannya iaitu  sehinggalah keputusan diumumkan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.