MAJLIS NUZUL QURAN
07 JULAI 2015
DEWAN SKPCT
PENCERAMAH; UST KHAIRUL HAKIMI BIN CHE RAZAK
UST ALLNURUL HUDA BIN GHAZALI
Selasa, 7 Julai 2015
Jumaat, 3 Julai 2015
Khamis, 2 Julai 2015
Nuzul Quran
NUZUL AL-QURAN
Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
Kehebatan Al-Quran
- Allah berfirman yang bermaksud:“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
- Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
- Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
- Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23)
- Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
- Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
- Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2
- Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud:‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
- Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
- Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
- Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
- Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
- Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
- Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
- Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
- Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
sumber: http://jheatweb.terengganu.gov.my/
Rabu, 1 Julai 2015
Rezeki Bulan Ramadan
Sumbangan untuk persediaan menyambut raya bagi anak-anak yatim dan miskin di SKPCT terus mencurah masuk. Hari ini seramai 10 orang lagi anak-anak yatim dan miskin diraikan oleh En Nasir b Yusof dari NSR Grafik telah berbesar hati memberikan sumbangan baju raya kepada anak-anak yatim dengan membawa mereka membeli kelengkapan pakaian untuk menyambut Aidil Fitri. Setiap orang murid-murid yatim dan miskin mendapat dua persalinan pakaian disamping wang raya.
Ustazah Rohana selaku penyelaras program turut mengiring mereka berseta dengan beberapa orang guru antaranya Cg Athirah, Cg Ghazeman, Cg Fauzi dan PK Hem Ust Kamaruddin Ali bagi melicinkan perjalanan program tersebut,
Terima kasih atas sumbangan tersebut , diharapkan anak-anak yatim dan miskin akan terus diraikan walaupun ramadan sudah berakhir.
Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.~Riwayat At-Tirmizi~
Rasulullah SAW juga turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.~Hadis Sahih Muslim
Ustazah Rohana selaku penyelaras program turut mengiring mereka berseta dengan beberapa orang guru antaranya Cg Athirah, Cg Ghazeman, Cg Fauzi dan PK Hem Ust Kamaruddin Ali bagi melicinkan perjalanan program tersebut,
Terima kasih atas sumbangan tersebut , diharapkan anak-anak yatim dan miskin akan terus diraikan walaupun ramadan sudah berakhir.
| En Nasir turut membantu memilih sampin untuk murid yang diraikan |
| Kegembiraan jelas terbayang diraut wajah anak-anak ini |
| Cg Athirah turut membantu |
| Ustazah Rohana selaku Penyelaras P
rogram |
| Seronoknya dapat baju raya |
Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.~Riwayat At-Tirmizi~
Rasulullah SAW juga turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.~Hadis Sahih Muslim
LAWATAN KE PUSAT SAINS TERENGGANU
Seramai 67 orang murid-murid dari Tahun 4 Abu Bakar AsSidiq dan 4 Umar Al Khatab terpilih untuk melawat Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) dibawah Program Kebitaraan Sains. Lawatan adalah bertujuan mendedahkan dan menarik minat mereka tentang Sains. Seramai 5 orang guru pengiring turut serta dalam lawatan tersebut . Cg Zurainah Ngah selaku penyelaras lawatan,bersama AJK Kebitaraan Sains yang lain antaranya Ustazah Zahabiah, Ustaz Khairul Hakimi, Cg Nizam Jaafar dan Cg Fauzi Eding.
Murid-murid dibawa ke Planetarium untuk melihat tayangan mengenai angkasa dan beberapa aktiviti mengenai sains turut diadakan oleh kakitangan PSKT.
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.