Pada hari ini Galeri SKCT telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Sekolah Rendah (Ketua Unit) Zakaria Bin Muda dalam kunjungan beliau untuk melihat persediaan pihak sekolah menerima jemaah Nazir bagi tujuan Verifikasi Sekolah Kluster. Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Penyelia Kanan Peng. Projek Khas/Org Asli/Kluster Mat Lazim @ Mahasan Bin Noor, Penyelia Kanan Pengurusan Murid SR Wahab Bin Mohammad dan Mohd Johari Abu Bakar (Ketua Pemuda UMNO Negeri). Beliau dan rombongannya memuji dan berasa bangga dengan persediaan yang dilakukan oleh pihak sekolah.
Rabu, 1 Oktober 2014
Ahad, 28 September 2014
Tahniah
Tahniah kepada dua orang pelajar pra sekolah kerana telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan reka cipta doh sempena Program Kecemerlangan Pendidikan Pra Sekolah Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Sekolah Sukan Bukit Nanas, Terengganu pada 24 September 2014.
Sabtu, 27 September 2014
Goyong Royong
Gotong Royong pada 27 September 2014 diadakan bagi menambahkan keceriaan kawasan sekolah untuk tujuan Verifikasi Sekolah Kluster. Program mengecat sekitar sekolah dan membina mercu tanda kebitaan hoki adalah agenda utama pada hari tersebut.
Isnin, 15 September 2014
Kenyir Oh Kenyir
Program Ukhuwah ke Kenyir dijalankan pada 14 September 2014 disertai seramai 17 orang peserta terdiri daripada guru-guru lelaki dan AJK PIBG. Program bertujuan untuk merehatkan minda dan mengeratkan siratulrahim dikalangan warga sekolah. Program yang dirancang pada mulanya untuk 3 hari dua malam terpaksa disingkat menjadi dua hari 1 malam sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.