Khamis, 17 Julai 2014

Lawatan Penanda Aras

Seramai 12 orang guru yang terlibat dalam AJK Sekolah Kluster mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Kebangsaan Seri Berang, Kuala Berang yang merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan Bahasa Inggeris dan Sek. Keb Tunku Ampuan Intan, Kuala Berang Sekolah Berprestari Tinggi  bagi berkongsi idea mengenai sekolah kluster. Rombongan lawatan diketuai oleh PK Akedemik Cg Tan Woon Su , PK Ko Kurikulum Cg Azman Sulong dan Penyelaras Sekolah Kluster, Cg Tn Hj Ab. Mubim. Hasil daripada lawatan tersebut adalah proses pencerahan mengenai sekolah kluster.



Ahli Rombangan bersama Guru Besar Seri Berang Pn. Nurani bt Lebai Abdul dan barisn pentadbir SK Seri Berang









Bersama Guru Besar SKTAI 


Guru Besar SKTAI  Hj Mat Hassan Bin Draman








Ahad, 13 Julai 2014

Khatam Quran Guru-guru

Sempena Nuzul Quran majlis Khatam Quran Guru-guru dianjurkan  oleh Panitia Agama Islam. Guru-guru  dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan akan membaca surah-surah yang ditetapkan. Pertandingan mewarna dan tulisan jawi diadakan bagi murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2.























Khamis, 10 Julai 2014

Mesyuarat AJK Kluster








Mesyuarat AJK Kluster yang diketuai oleh Tn Hj Mubin bagi melicinkan tindakan yang perlu dilakukan oleh setiap AJK setelah Pencalonan Sekolah Kluster siri ke 9 diterima. Tn Hj Mubin turut menayangkan slaid sekolah-sekolah yang berjaya menjadi calon sekolah kluster. Setiap AJK perlulah menyiapkan tugasan-tugasan menurut senarai semak yang diedarkan.
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.