Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014 bermula pada 10 Disember 2013 (Selasa).
Khamis, 12 Disember 2013
Selasa, 10 Disember 2013
MISI BANTUAN MANGSA BANJIR
Misi bantuan kepada mangsa banjir telah jaya dilaksanakan hasil sumbangan orang ramai yang berupa pakaian dan makanan. Misi telah diketuai oleh Cg Fauzi dan isteri bersama Cg Sulaiman dan En Adnan, Cg Nizam, Ust Roslan dan Puan Zaharah. Bertolak ke Kememan pada 09 Disember 2013.
Sesampai di Taman Melur, salah satu kawasan yang dilanda banjir kami melihat keadaan amat menyedihkan dengan keadaan barangan yang musah dilonggokkan di luar. Kami menghulurkan bantuan untuk mencuci rumah-rumah tersebut malang bekalan air pula tiada. Bantuan keperluan bayi dihulurkan seadanya kepad mangsa yang memerlukan.
![]() |
| menyiapakan barangan sumbangan orang ramai |
![]() |
| Siap sedia untuk bertolak |
![]() |
| kelengkapan rumah yang rosak |
![]() |
| air tidak ada.... |
![]() |
| Salah seorang mangsa menceritakan keadaan banjir |
Rata-rata mangsa menceritakan bahawa mereka tidak menjagakan banjir akan berlaku sedemikian rupa. Apa yang menyedihkan dan menghairan mereka ialah kenapa bantuan lambat tiba iaitu selepas 2-3 barulah datang bantuan padahal kedudukan perumahan tersebut tidak jauh dari bandar Chukai. Apa yang dikesalkan ada yang meminta bantuan tetapi tidak dilayan. Penempatan banjir tidak dapat dilakukan kerana alasan sudah penuh dan tidak berdaftar sebgai mangsa banjir. Apa yang dilakukan oleh mangsa ialah menumpang di rumah saudara-mara. sekali lagi kekecewaan menimpa apabila mereka tidak diberikan bantuan bekalan makanan atas alasan tidak menetap di pusat bantuan.
Entah dimana silapnya banyak cerita yang tidak dapat dicatatkan disini . Sekiranya ingin mengetahui pahit getir mangsa tersebut bertanyalah kepada mereka. Apa yang pasti misi kecil bantuan yang kami hulurkan hanyalah salam ukhuawah dan meringankan sedikit beban emosi para mangsa banjir.
![]() |
| pengagihan kepada penyelaras yang akan mengagikan kepada mangsa-mangsa |
![]() |
| mengkelaskan barangan untuk memudahkan pengagihan |
Jumaat, 6 Disember 2013
LOGO BAHARU KEMENTERIAN PENDIDKAN MALAYSIA
RASIONAL
Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi fikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna,biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.
Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Khamis, 14 November 2013
Tahniah UPSR
Tahniah kepada yang berjaya dalam Peperiksaan UPSR pada hari ini . Tahniah kepada semua murid SKPCT kerean anda telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Keputusan pada hari ini terimalah dengan rasa syukur kepada yang Maha Kuasa. Inilah hasil penat usaha anda selama ini apa yang terpanpanag pada slip peperiksaan itulah usaha anda , Jangan ada yang bertanya mengapa jadi begini. Ahh kejamnya.....
Allah menangguhkan sesuatu pada hari ini untuk diberikan pada hari esok.Ingatlah hari esok yang dikejar bukan hari semalam untuk ditangisi pada hari ini..
Allah menangguhkan sesuatu pada hari ini untuk diberikan pada hari esok.Ingatlah hari esok yang dikejar bukan hari semalam untuk ditangisi pada hari ini..
Ahad, 13 Oktober 2013
Perkhemahan Unit Beruniform
Bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu, Perkhemahan Unit Berniform bagi murid-murid Tahun 6 diadakan pada 10 Oktober hingga 12 Oktober 2013. Perkhemahan Tahunan ini diwajibkan kepada semua pelajar Tahun 6. Perasmian penutup telah dilakukan oleh Guru Besar SKPCT, Yn Hj Md Nawawi b Muda.
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.



































