Khamis, 11 Oktober 2012

TUNAS HARAPAN ISN

Ujian mencari Tunas Harapan dengan kerjasama Institiut Sukan Negara  bagi murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 telah dikendalikan oleh Panitia PJK pada 11 Oktober 2012. Tujuan program adalah mencari  bakal atlet dikalangan murid-murid .




Rabu, 10 Oktober 2012

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran  diadakan pada 10 Oktober 2012 di Dewan SKPCT , perasmian majlis oleh Ust Wan Hasbi b Wan Jusoh, Penolong Pengarah Operasi jQaf, Sektor Pendidikan Islam JPNT.










Rabu, 3 Oktober 2012

KARNIVAL SUKAN 1M1S

Tahniah ..........Rumah Merah menjadi Juara Keselurahan Karnival Sukan 1M1S yang julung kali diadakan pada 1 -3 Oktober 2012. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah dilakukan oleh GPK KoKurikulum, Cg Azman b Sulong





Sabtu, 29 September 2012

PERKHEMAHAN UNIT PAKAIAN SERAGAM 2012

Perkhemahan Tahunan 2012 diadakan di Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir tanggal 27 September hingga 29 September hanya melibatkan murid-murid Tahun 6 sahaja. Pelbagai acara menarik disertai oleh para peserta. Perasmian penutup dan penyamnapian hadiah dilakukan oleh Tn Haji Ismail Ismail b Abd Rahman, Guru Besar SKPCT  diiringi oelh Cg Azman Sulong selaku PK Kokurikulum SKPCT

Bersedia untuk memulakan acara

Halangan Pertama

Seronoknya merangkak dalam longkang

Belum mandi....... mandi ramai-ramai

Menguji kepintaran berpasukan untuk melepasi Spider Web

Hah  itu lah... kan dah diingatkan jagan simpanan makanan dalam khemah

Aduih... letih tapi seronok
Gambar di facebook

Isnin, 24 September 2012

Minggu Kemahiran Hidup

Buat julung kalinya diadakan Panitia Kemahiharan Hidup menganjurkan Minggu Kemahiran pada 24 Oktober 2012. Acara pada awalnya dimulai dengan bersenam beramai-ramai yang dikendalikan oleh PK Kokurikulum Cg Azman. Turut diadakan jualan makan oleh Pembimbing Rakan Sebaya dibawah kelolaan Unit Bimbingan dan  Kaunseling. Majalah Asuh turut mengadakan  jualan buku dan majalah secara murah. Pertandingan membina kit permainan juga diadakan. Acara yang menjadi tumpuan bagi murid-murid adalah pertandingan kereta kawalan jauh.






Selasa, 18 September 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025



KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.

Laporan awal pelan itu yang memaparkan visi sistem pendidikan dan pelajar yang Malaysia perlu dan berhak miliki, memperincikan anjakan yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut.

Terdahulu laporan berkenaan dibentang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Menurut dokumen itu, Kementerian Pelajaran berharap usaha tersebut akan memperjelaskan kepada masyarakat usaha mengubah sistem pendidikan negara dan akan mendapatkan maklum balas daripada komuniti mengenai laporan awal berkenaan sebelum pelan dimuktamadkan pada Disember ini.

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.

Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;

2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;

3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;

4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;

5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;

6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;

7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;

8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;

10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;

11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.

Laporan itu juga menyatakan Kementerian Pelajaran melancarkan semakan menyeluruh sistem pendidikan pada Oktober 2011 bagi membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan baharu tersebut.

Menurut laporan itu, keputusan tersebut dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan antarabangsa, aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia dalam menghadapi abad ke-21 serta harapan menggunung masyarakat serta ibu bapa terhadap dasar pendidikan.

Dalam tempoh setahun, lebih 50,000 pegawai kementerian, guru, pengetua, ibu bapa, pelajar dan orang ramai dilibatkan dalam pelbagai bentuk perbincangan.

Kementerian juga melantik panel 12 pakar tempatan dan sebuah panel empat pakar antarabangsa bagi memberi input mengenai hasil semakan.

-- BERNAMA


Bye.. UPSR 20112

Bye...Bye  UPSR 2012

Yeahhh... UPSR telah selamat sempurna dilalui oleh anak-anak Tahun 6. Guru-guru Tahun 6 boleh menarik nafas walaupun tidak lega sepenuhnya. Kebimbangan terhadap keputusan mata pelajaran diajar akan sentiasa menghantui selagi keputusan belum keluar. Begitulah perasaan hati seorang guru yang sebenar walaupun di luar orang nampak kita bergembira dan tiada apa-apa. Ibubapa juga mungkin lega setelah berbulan-bulan menghantar anak ke kelas tambahan atau tuisyen. Inilah masa untuk rilek sedikit. Namun hati mereka juga dijentik bimbang bila melihat anak-anak mula menjauhkan diri dari buku..


Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian banyak program-program lepas UPSR dilaksanakan sekolah untuk mengisi masa dan luang khususnya kepada murid-murid Tahun 6 secara lebih bermanafaat dan efektif. Namun tidak kurang program-program itu cantik dan sempurna hanya di atas kertas sahaja. Pengurusan pelaksanaan program lepas UPSR kadangnya tidak dilaksana dengan mantap dan bersungguh-sungguh. Kita menaruh kebimbangan bahawa pelajar akan membina tanggapan salah  selepas peperiksaan adalah masa rilek, santai dan berseronok sakan. Masa untuk melupakan buka dan ilmu. Trend ini kita lihat kian melanda masyarakat kita bila mana ada anak selepas UPSR dan PMR sudah tidak hadir lagi ke sekolah. Mereka bercuti awal sebelum masa cuti.

Membiasa dan membudayakan benda yang salah sebagai betul adalah satu kesilapan. Kita pasti ada kalangan ibubapa berkata, "biasala budak la ni, lepas periksa malas pergi sekolah". Pemikiran membiasakan perkara salah sebagai rutin adalah kesilapan amat besar dan merbahaya. Serupalah juga kita telah membiasakan pergaulan bebas kalangan anak muda kita " Biasalah orang muda, naik motor bercouple" dan sebagainya. Justru kerana terbiasanya fenomena berkenaan seakan yang salah menjadi betul dan yang haram menjadi halal.

Kita berharap momentum mencintai ilmu dan budaya kecemerlangan tidak akan terputus dengan hanya berakhirnya satu peperiksaan yang kecil. Malah kita perlu menyubur dan memugarnya dengan pendekatan yang mungkin lebih berbeza sedikit. Pengajaran dan pembelajaran dengan menggalakkan kemahiran berfikir melalui aktiviti kumpulan. Memupuk kemahiran dan keyakinan komunikasi melalui aktiviti pembentangan, bahasa, syarahan dan sebagainya. Aktiviti perkembangan sahsiah serta pemupukan kerjaya seperti lawatan ke sekolah SBP, SBT, SKK dan IPT patut digalakkan sebagai sebahagian dari program teras selepas UPSR. Begitu juga program bersifat "pengalamian sebenar pembelajaran " atau "experiencing learning" wajar sekali didedahkan kepada mereka kerana melalui kaedah ini bukan sahaja mereka terlibat secara langsung tetapi memahami makna hasil pembelajaran sebenar.

Seribu satu macam aktiviti lepas UPSR yang bermanafaat dapat dilaksanakanakan sama ada yang biasa ataupun berorientasikan ICT. Apa yang penting yang mahu kita tanam dalam minda dan jiwa anak-anak bahawa pembelajaran ini tidak pernah tamat walaupun sampai bila-bila sehinggalah sampai ke liang lahad.
Peperiksaan adalah sebahagian proses memantapkan pembelajaran bukannya berakhir sesuatu peperiksaan maka tamatlah dunia pembelajaran .

sirhjabmubim
ehsan - Blog: Unit Pengurusan Sekolah Rendah JPNT

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.